Assalamualaikum WBT
pusaran tsunami di perairan jepun
Apa kabo kawan2? sudah hampir seminggu selepas percutian ke kurau stone tu..baru hari ini aku berkesempatan nak meng'update'kan blog aku ni....bukan takde masa cume aku gembira bile ramai juge pengunjung blog aku yang sudi membaca kisah percutian aku di kurau stone pada minggu lepas....mungkin dek kerana promosi dari rancangan Jalan2 Cari Makan TV3 tu dan kebetulan entry aku pada hari berkenaan serentak dengan rancangan tersebut..syukur Alhamdulillah dan terima kasih pada kawan2 yang sudi mengunjungi blog aku yang tidak sepertinya ini....
cerita pada hari ini bukan berkaitan dengan percutian aku...cume aku ingin berkongsi maklumat mengenai bencana alam yang melanda jepun pada 11 Mac 2011 iaitu pada hari jumaat yang lepas...Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu perkara itu...memang dahsyat kejadian tersebut dan mengikut apa yang di beritahu gempa itu berukuran 9.0 skala richter..ia merupakan antara kekuatan gempa bumi yang terkuat melanda sebuah negara di dunia ini...walaupun manusia mampu merancang tapi ketentuan Qada' dan Qadar Allah menentukan segalanya...
kemusnahan akibat tsunami di jepun
Mungkin sebahagian dari kita tidak mengetahui punca utama kejadian tsunami tersebut jadi aku ingin berkongi maklumat dengan kawan2 semua apa yang dikatakan dengan TSUNAMI tersebut... Tsunami dalam bahasa jepun bermaksud ombak besar di pelabuhan dan sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), ia merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi yang berlaku di dalam laut). tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
jepun dilanda tsunami
Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.
tsunami bergerak melalui kawasan petempatan
Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.
tsunami meranapkan lapangan terbang
jadi apabila gempa bumi yang berkekuatan 9.0 skala richter yang melanda jepun baru2 ini...cuba bayangkan betapa kuat nyer tenaga yang dapat menghasilkan tsunami yang melanda negara itu...Subhanallah..mudah2an Allah memelihara bumi Malaysia ini dari kejadian yang begitu dahsyat...Marilah kita bersyukur kerana dilahir, dibesar dan dapat hidup di bumi bertuah ini yang setakat ini masih dipelihara oleh Allah dari kejadian bencana alam yang dahsyat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan