Ahad, 6 Mac 2011

Percutian Ke Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay

Pada Sabtu dan Ahad baru ni, aku bersama keluarga ku pergi bercuti dan bersantai di Kurau Stone Fishing & Highland Stay: D'Bukit Homestay. Kira aku ni nak menolong mempromosikan tempat ni la...apa salahnyer kan tempat kepunyaan orang Melayu, jadi sapa lagi yang nak membantu kalau bukan kita juga. kebetulan pulak aku pun duduk di Kamunting sahaja, jadi Batu Kurau tu taklah jauh sangat..sekitar 15 minit sudah sampai.. 

Papan Iklan Kurau Stone

 Pemandangan di waktu malam

Pemandangan kolam dari chalet

 Kolam dua

 Gazebo tempat makan

 Kolam satu

Pemandangan restoran dari chalet 

Sudah lama juga aku merancang nak bawa mak dan abah aku berehat dan bercuti disini. Aku dan abah pernah sampai tahun lepas itupun sebab bawa abah memancing di kolam yang ada disitu...waktu aku pergi dengan abah...chalet dan restoran belum ada lagi...Untuk kali ini sambil menemani abah yang merupakan otai memancing ni, aku bawa mak dan adik2ku ikut sekali...buat Along abangku dan adikku yang di Johor nanti datang kita pergi sini ok...hehehe...

Pentas di restoran

Dari belakang pentas

Plak Jalan Jalan Cari Makan

Kalau bukan alasan nak memancing takkan lamanyer abah nak ke rumah aku...jadi alasan yang aku gunakan nak bawa abah pergi memancing sambil bersantai ditempat ini memang berjaya....abah setuju asalkan dapat memancing di kolam yang ada disitu...Sebenarnya tempat ni agak baru. Kolam ikan je yang agak dah lama sikit, 2 tahun lebih. Resort (chalets dan restoran) dia plak baru 3-4 bulan beroperasi. Tapi sambutan sangat menggalakkan, Alhamdulillah...hari ini pun dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan,...siarannya dah keudara..ini bermakna tempat ni dah di promosikan....jadi kalau ada yang berhajat nak pergi tu dialu-alukan..dan setau aku rancangan Jom Jalan TV3 pun dah sampai ke sini cume bila disiarkan tu aku tak pasti. Tarikan di sini, of course la fishing activity. 

Abah punya hasil tangkapan

Abah sedang 'baca-baca' kot

Itulah menu untuk ikan dalam kolam

Abah aku ni memang minat memancing..jadi kedatangan kami sekeluarga ke situ boleh dikatakan untuk bersantai sambil berehat.. Sebagai makluman, abah aku berjaya mendaratkan 3 ekor ikan iaitu ikan patin (10.2kg) dan 2 ekor ikan keli (5.4 kg dan 4.3 kg) pada malam pertama disitu..cuma terkilan gambar tak sempat aku nak ambil...yang ada cuma gambar nama abah dan berat ikan yang diperolehi...hahaha...dan lebih membanggakan rekod untuk malam tu adalah ikan pati seberat 10.2 kg yang abah berjaya daratkan.....seronok sangat abah malam tu....

Menu istimewa

Sedap, enak dan lazat berkrim

Apapun tempat ini bagi aku best, pemandangan menarik la! Relax dan santai je suasana die. Tenang dan mendamaikan...Ada jugak ATV  selain fishing activity kat situ. Makanan yang ada direstoran yang berkonsepkan gazebo ini memang menarik....kalau bawa keluarga ke sini memang berbaloi...makanan nyer pulak pelbagai dan ada menu istimewa...harga makanan yang berpatutan berbanding tempat2 yang pernah aku pergi..berbaloi lah orang kata...hehe

ATV yang boleh disewa

Oh ya, chalet kat sini ada 10 buah -bakal bertambah, Insya'Allah - Salah satu chalet dia dimiliki oleh Shamsul Ghau Ghau. Dia beli 1 jadi homestay untuk family dia bila ke sana. Bila die tak datang, disewakan macam biasa la. Aku sewa dua buah chalet satu untuk aku sekeluarga juga mak abah dan satu lagi untuk keluarga adik ku...chalet nyer pun murah (bawah RM 100 ) dan kemudahan dalam bilik setaraf dengan hotel yang ada bintang...selesa dan puas juga la bergolek atas katilnyer,.. hehehe...
 
 chalet tempat aku menginap

Suasana dalam bilik

Kemudahan yang ada

Chalet dengan hiasan kayu yang menarik

Pemandangan dari chalet adikku menginap

Pemandangan Chalet dari kolam 1

Kadang2 bercerita sahaja tidak menggambarkan situasi yang dilalui...oleh itu aku sertakan gambar dan kawan2 boleh nilaikan sendiri...Apa yang boleh aku nyatakan memang berbaloi aku ke sini bersama mak dan abah...tergambar kegembiraan pada wajah mereka...bagi aku sebagai seorang anak itu sudah cukup memberikan aku kepuasan....duit boleh dicari tapi nilai kasih sayang dan pengorbanan itu lebih dari segalanya..............

9 ulasan:

  1. tumpang tanya, brp rm semalaman? bwh 100 tu brp? ader tak web site chalet ni?

    hamidah

    BalasPadam
  2. tima kasih sudi tinggalkan komen...utk makluman puan harga sewaan chalet disini bagi weekday RM85 manakala weekend pulak RM95...
    web site tu rasa2nya masih dalam pembinaan kot tpi facebook ada...kat sini kuraustone79@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    Saya sedang membangunkan blog untuk kurau stone.
    Mohon kebenaran untuk copy entri ini ke testimonial di blog kurau stone. Terima Kasih
    Khairul

    BalasPadam
  4. pancing dengan ikan tu kira bayar macamana?

    BalasPadam
  5. Kalo dtg weekend d tak driver yg bleh ambik tetamu yg dtg tanpa kenderaan persendirian

    BalasPadam
  6. saya pun teringin nak tempah sbab nak ke batu kurau 15.3.15 seronok nampak situasi kat dana

    BalasPadam
  7. saya pun teringin nak tempah sbab nak ke batu kurau 15.3.15 seronok nampak situasi kat dana

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...