ReviewMe

Sabtu, 26 Mac 2011

Perlembagaan - Melayu


Assalamualaikum WBT

Semenjak dua menjak yang sibuk ni, masa yang aku ada agak terhad untuk menaip nukilan  dalam blog aku ni, namun ku gagahkan jua menaip sesuatu isu berdasarkan apa yang aku nampak dan aku hayati. Sewaktu aku membelek2 buku2 lama masa aku belajar dulu..aku terpandang artikel mengenai  perlembagaan negara dan orang Melayu.Aku terkesima pada suatu pernyataan tentang undang2 dan juga tentang perlembagaan Malaysia yang memang tidak terdapat perkataan cina dan India disebut di dalamnya. Aku pun terfikir, pelik dan merasa tertanya -tanya mengapa sebahagian orang India dan Cina begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh menuntut hak persamaan yang sama rata atau sekurang2nya sama rasa dengan orang melayu. Laungan dan luahan kononnya di anaktirikan dan ditindas kedengaran di bibir2 dan dimulut2 sebahagian pemimpin2 yang kononnya memperjuangkan keadilan dan semangat bangsa Malaysia...kononnya


Mengapa mereka begitu mempertikai hak keistimewaan orang Melayu dewasa ini.Mengapa begitu mudah mereka mengusik dan mencuit suatu benda yang memang sudah termaktub dalam perlembagaan yang sudah pun terpateri kukuh apatah lagi memang sukar dan susah untuk diubah mahupun digubah..Walaubagaimanapun yang lebih malang dan lebih walang ada dikalangan orang Melayu pulak menyokong hak itu dipersoalkan dan menyokong tuntutan2 yang  hebat itu..kerana apa?

Kemudian persoalan itu bagi aku terjawab apabila aku ada membaca ulasan dan kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang menjelaskan secara panjang lebar didalam artikelnya. Katanya merujuk sejarah lalu empayar Melayu seperti Srivijaya mempunyai kawasan yang amat luas sehingga merangkumi Indonesia, Tanah Melayu, Filipina dan Brunei.


Sudah pastilah rakyat dalam sesuatu empayar itu bebas bergerak dan bebas untuk menetap di mana-mana jajahan empayar dan masih dianggap sebagai warganegara dan peribumi sekiranya tidak keluar dan menetap diluar lingkungan jajahannya.

Kita bukannya pendatang kerana kita masih berada dalam lingkungan empayar jajahan Melayu. Tanggapan mengatakan orang Melayu juga seperti pendatang dari negara China dan India adalah salah sama sekali. Cuma penjajah barat yang telah memecahbelahkan empayar Melayu yang begitu besar. Umpamanya perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang telah memisahkan secara rasmi Indonesia dan Malaysia. Indonesia di bawah Belanda dan Malaysia di bawah Inggeris.

Menurut perlembagaan Malaysia bangsa dalam negara Malaysia terbahagi kepada lima. Orang asli, Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain. Nah jelas bahawa prioriti lebih kepada empat golongan berbanding kaum India dan Cina yang hanya terkandung dalam istilah kaum-kaum lain.


Kalaulah orang asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mengutarakan konsep persamaan hak itu kita sepatutnya menerima kerana sudah termaktub. Namun kaum lain yang jelas kedudukannya dalam perlembagaan pula yang terlebih sudu dari kuah.

Negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai Malaysia. Malaysia asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu pula mengikut Perlembagaan Tanah Melayu adalah persekutuan Tanah Melayu.

Inilah kesilapan terbesar dalam buku sejarah di sekolah apabila mengatakan bangsa teras di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sedangkan Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak di kesampingkan dan di ketepikan seolah-olah menjadi sub bangsa Malaysia. Yang sepatutnya menjadi Sub bangsa pula yang diiktiraf menjadi bangsa utama.

Sebenarnya Inggeris telah lama mengiktiraf orang Melayu sebagai pemilik utama tanah pertiwi ini. Ini dapat dilihat dalam kontrak sosial (bukan istilah undang-undang) .Ia satu perjanjian antara kaum di negara ini apabila orang Melayu secara bermurah hati telah memberi hak kerakyatan 800,000 kepada orang cina dan india apabila kita menuntut kemerdekaan dahulu.

Asalnya mereka ini bukan warganegara sedangkan orang Melayu adalah warganegara yang sah mengikut undang-undang. Sebagai balasan orang Melayu mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini.

Antara 3 keistimewaan yang diberi ialah pentadbiran negara diberi kepada orang Melayu, pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit serta perniagaan diberikan kepada orang Melayu.

Mujurlah Raja-raja dahulu mempunyai pandangan yang jauh dengan menubuhkan Askar Melayu Diraja (benteng akhir menjaga hak Melayu) dan undang-undang tanah rezab Melayu sebagai langkah berwaspada sekiranya apa-apa terjadi kepada bangsa Melayu.

Seterusnya dalam menjelaskan warisan bagi orang Melayu ialah Raja berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi bagi orang Melayu ialah beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan adat melayu yang mewakili raja-raja Melayu.


Sementara pusaka orang Melayu yang mesti terus dipertahankan ialah Askar Melayu, Tanah Rezab Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sejarah telah membuktikan keagungan, kehebatan dan kehancuran sesuatu bangsa itu bukanlah disebabkan anasir luar tetapi disebabkan oleh orang kita sendiri yang membuka ruang dan peluang kepada anasir luar untuk menyerang kita dari dalam dan dari luar.


Terjawab juga kemusykilan yang bersarang di kepala sekian lama...kepada kawan2 seboleh2nya berfikir dari kontek kita sebagai bangsa Melayu yang Allah kurniakan bumi Malaysia ini sebagai Tanah Tumpah Darah kita...andai kata negara ini haru biru, kacau bilau, porak peranda dan segala yang tidak seronok untuk difikir dan diucapkan...manakah lagi kita mahu tuju?



* aku sayang negara ku ini..disini TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
* gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...