Selasa, 2 Ogos 2011

Al - Fatihah

http://4.bp.blogspot.com/_6_V3pHgUXcM/TQ_VtuGMobI/AAAAAAAAALE/Kj04fUiYQUc/s1600/al-fatihah-res.jpg
Salam

Aku pasti bukan ramai di kalangan kita yang tidak ambil tahu, kurang ambil tahu dan lupa nak mengambil tahu maksud surah Al-Fatihah yang menjadi surah/rukun wajib dalam solat. 

Ini adalah perkara yang perlu kita ketahui sebagai umat Islam kerana surah ini akan kita baca sebanyak 17 kali dalam sehari.

Dalam suratkhabar harian metro semalam ada cerita mengenai perkara ini. Aku kongsikan bersama di sini.

Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat. 


Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan. 


Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama. 


Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang…bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja, katanya. 


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam. 


Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid. 


Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 


Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.
* Perlu mencari jalan untuk mengatsi masalah ini....sebelum terlambat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...