ReviewMe

Ahad, 7 Ogos 2011

Kisah Disebalik Cerita - Budak Paling Pandai Dalam Dunia


Salam
Sebingkis kisah yang ingin dikongsikan sebagai renungan untuk difikirkan bersama.....
Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak : Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling b***** di dunia
Pelanggan : Naper awak cakap macam tu mamak?
Mamak : Awak tgk ni..sambil memanggil Ajoi datang kepadanya
Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak : Hahaha kan saya dah kata! budak tu b*****. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!
Selepas selesai menggunting rambut pelanggan itu pun pergi berjumpa Ajoi dan bertanya kepada Ajoi.
Pelanggan : Ajoi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?
Ajoi : Saya takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau saya ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau saya ambik duit RM1.Kalau saya ambil RM 10 tu, permainan akan tamat
Pelanggan : haha...ko budak paling bijak dalam dunia
Moral Of the story:
* Ramai yang merasakan mereka lebih bijak dibandingkan orang lain, orang lain semua tak tau, hanya mereka dan pihak2 mereka sahaja yang merasakan mereka lah yang terbijak, terpandai, terhebat, yang betul dan adil dan macam2 ter lagi.. Orang lain yang bukan dari pihak mereka semuanyer salah, bodoh, tak pandai, tak betul dan bermacam2 lagi gelaran yang layak dipanggil..Sehingga mereka selalu memandang rendah, menjatuhkah hukum ikut kepala masing2 kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian, kehebatan, ketakwaan, keimanan  seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.
* Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.
* Jangan tamak...Orang yang tamak selalu rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...