Rabu, 24 Ogos 2011

Kempen Kibar Jalur Gemilang Di Kenderaan....Berjaya?

Salam

Kerajaan telah melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang pada kenderaan sebulan yang lepas. Namun apa yang aku perhatikan kempen ini kurang berjaya. Apa sebabnya?

Pada tahun2 yang lepas, pihak kerajaan telah mengedarkan Jalur Gemilang secara percuma kepada rakyat. Namun tahun ini tidak dilaksanakan mungkin untuk mengurangkan kos kewangan dan aku bersetuju dengan tindakan ini. Namun adakah itu faktor utama yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya? Adakah rakyat Malaysia hanya mengharapkan subsidi yang diberikan kerajaan? Tanpa ada inisiatif sendiri untuk melaksanakannya?

Hari ini 25 Ogos dan tidak berapa hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Adakah kesibukan dan tumpuan ini juga menjadi punca kurang berjaya kempen ini?

Ramai yang memberi pandangan dan pendapat sebab tidak mahu memasang Jalur Gemilang pada kenderaan. Antaranya :

  1. Tidak memasang bendera kerana tidak mendapat bekalan atau pemberian percuma.
  2. Tidak memasang kerana tak suka berbuat demikian. Ini kerana gam atau pelekat tidak kuat dan sedih melihat bendera bertaburan diatas jalan dan digelek, dilenyek oleh kenderaan lain. 
  3. Ini semua kempen kerajaan BN. ( tak habis2 kaitkan politik )
  4. Buat apa pasang bendera, kenderaan milik kerajaan pun tak pasang. cuba lihat kereta polis, kereta ambulan dan lihat kenderaan jabatan-jabatan lain, ada pasang?
  5. Tak suka pasang diluar kenderaan takut jatuh , lebih suka pasang di dalam atas dashboard.
Pendapat ini memang betul, dari pemerhatian memang susah dan sukar nak nampak kenderaan milik jabatan-jabatan kerajaan yang mengibarkan jalur gemilang. Bagaimanapun aku tertarik dengan kenyataan nombor 4. Iaitu kenderaan milik kerajaan pun tak pasang bendera.


Cuba kita lihat pula kenderaan milik GLC  dan badan-badan koperat seperti Pos , Puspakom, Mas, Felda, Fama, dan lain-lain, ada pasang atau tidak. Jika begini lah keadaannya, kerjaaan atau badan-badan berkanun hendaklah terlebih dahulu mengibarkan jalur gemilang pada setiap kenderaan tanpa gagal.

* Maka dengan sendirinya ia akan menjadi tarikan dan akan menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...