ReviewMe

Khamis, 18 Ogos 2011

Emas Satu Pelaburan Bijak?

Salam

Bila usia semakin meningkat, pemikiran dan pandangan kita pun akan mula lebih matang dan pandangan akal sudah pasti akan melihat kepada apa yang akan terjadi pada diri sendiri pada tahun2 mendatang.

Masa remaja dan seawal pekerjaan dulu, aku hanya mengambil berat apa yang aku mahu, keinginan untuk memiliki pelbagai material yang aku tak pernah dapat semasa kecil, kadang2 apa yang aku ingini itu melebihi keinginan anak2 kecil. tapi itu dulu, bila sudah peroleh kehendak yang tak terbatas itu aku mulai sedar sampai bila sumber kewangan yang terhad ini hendak digunakan kearah material2 yang mempunyai susut nilai dan tarikh luput. Semua itu tidak mendatangkan hasil. malahan duit gaji yang diperolehi setiap bulan tidak pernah cukup.

Pelaburan untuk akan datang, untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk keperluan yang semakin mendesak itu yang paling penting saat ini. Aku telah mencuba beberapa pelaburan yang memang boleh menjanjikan keuntungan namun kalau ilmu tentang bidang itu sedikit memang sukar untuk mendapatkan apa yang di ingini. Sebagai contoh forex susah untuk difahami dan risiko agak tinggi.

Sekarang ini aku melihat pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang sangat2 baik dan boleh mendatangkan keuntungan yang bukan sedikit. Kalau dahulu sewaktu mantan PM Tun Mahathir menyatakan kepentingan emas sebagai satu aste berharga, aku hanya buat tak endah sahaja. Rupa2nya apa yang dilihat dan dinyatakan oleh Tun memang tepat dan benar.

Disini aku nyatakan soalan dan jawapan yang sering menjadi persoalan aku berkaitan emas, mungkin kawan2 juga berfikiran begitu, kalau ada kaitannya sekurang2 apa yang aku titipkan disini dapat dijadikan panduan.



  1. Perlukah menyimpan Emas sebagai Aset?Mengapa?
  2. Untungkah menyimpan Emas sebagai Pelaburan?
  3. Golongan manakah yang patut menyimpan Emas?

Jawapan :

  1. Perlu.. Emas adalah aset berharga yang kebal dari Inflasi & harganya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun secara konsisten sejak 6000 tahun yang lepas. Laporan pakar ekonomi melaporkan bahawa harga emas akan terus meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang..
  2. Sudah tentu.. statistik menunjukkan harga emas naik secara konsisten dalam jangka masa panjang & sederhana. 
  3. Sesiapa sahaja yang mampu dan ingin membuat pelaburan demi masa depan.

Oleh itu, aku melihat pada pelaburan emas dan mempelajarinya. Pelaburan emas menguntungkan kerana harga emas akan sentiasa meningkat. Purata kenaikan sekitar 27% setahun. Dahulu, aku percaya harga emas ada turun dan naik. Ianya betul, tetapi penurunan harga emas adalah rendah. Jadi, secara purata harga emas memang akan sentiasa naik.
Aku melihat pelaburan emas agak mudah juga kerana tidak perlu mengikuti kenaikan dan penurunan harga semasa emas. (Ini bukan forex, aku pernah mencuba dengan forex sebelum ini). Aku lihat, tidak perlu membeli emas ketika harga murah dan menjual ketika harga mahal. Sekiranya menunggu harga emas turun, walaupun harga turun masih menunggu harga turun lagi, sebaliknya harga emas akan naik kembali. Jawabnya, emas tidak akan dibeli sampai bila-bila. Jadi, masanya membeli emas adalah ketika adanya duit, tidak kira berapa pun harga semasanya.
* Kalau bukan sekarang bila lagi..sama2 lah kita majukan diri dan ummah kita

2 ulasan:

  1. hati2 yahudi di ketuai amerika sedang borong besar2an emas dunia bertujuan manaikkan harga emas setinggi mungkin....satu masa lepas dapat capai target mereka akan jual besar2an pula supaya harga menjunam jadi duit kertas kosong yg mereka cetak tu dapat nilai..sejarah awal tahun 80an boleh berulang ketika tu emas susut tinggal 1/3 daripada nilai contoh beli rm1000 tinggal rm350..nak bagi naik balik kena tunggu 20thn ke 30thn ada yg sempat balik kampung ke akhirat..bila dah merundum mereka start kumpul balik..macam tu lah mereka akan buat seterusnya sampai bila bila..

    BalasPadam
  2. betul ke bro?aku tak tau pun pasal info ni...ada mana2 sumber yg boleh aku rujuk tak..tima kasih atas ingatan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...