ReviewMe

Selasa, 9 Ogos 2011

Terima Kasih

http://2.bp.blogspot.com/_QXT91ymjSek/TJDMC0cc9nI/AAAAAAAABeI/iw6OtTN5_AI/s400/duit+raya.jpg
Salam

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih atas keperihatinan kerajaan kepada semua penjawat awam dengan pemberian setengah bulan bonus dan bayaran minima RM 500 kepada pesara kerajaan. Lebih manis pemberian ini diberikan sebelum menyambut Syawal.

Sekurang2nya dapat menampung perbelanjaan untuk hari raya ini. Almaklum dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, perbelanjaan perlu dikawal dengan berhemah.

Seperti biasa bagi yang melihat pemberian ini dari sudut negatif sudah pasti suara2 sumbang akan kedengaran, dialog dan skrip yang sama akan diulang2 untuk menunjukkan keperihatinan mereka...kononnya!!!!!

Gula2 pilihanraya lah, setengah bulan tak cukup seeloknya sebulan, kami boleh bagi lebih tinggi kalau memerintah....hehehe...itulah skrip biasa yang diulang2...namun itu hak masing2 nak cakap apapun.

Sebagai seorang Islam aku bersyukur dengan apa yang Allah tentukan untuk rezeki masing2 dan tidak salah rasanyer berterima kasih pada yang memberi..

* kalau ada yang tak mau ambil bonus tu bagilah kat aku.....maklumlah ramai gak kawan2 yang cakap kat aku kerajaan yang memerintah Malaysia ni zalim, tak adil, tak bersih, gila kuasa, menindas rakyat, menyusahkan rakyat dan macam2 yang tak elok belaka...dari itu kan tak baik ambil bonus dari kerajaan yang macam tu....hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...