Rabu, 11 Mei 2011

Dimanakah Kekuatan Harimau..

Koleksi Foto Harimau
Ada orang kata kekuatan harimau terletak pada kukunya sebab sekali libas sahaja, mangsanya boleh mati. ada pula yang kata kekuatan harimau terletak pada taringnya, sebab sekali gigit terus putus. tapi dicelah2 perdebatan ini tidak kurang juga yang memberi pandangan bahawa kekuatan harimau terletak pada suaranya bukan pada kuku dan taringnya. benarkah?

Ada kebenaran disebaliknya, ialah ini kerana sesiapa pun kalau terdengar ngauman sang belang mesti cabut lari, walaupun belum sempat nampak bayang tubuh harimau tu..kekuatan larian seseorang pada ketika ini mampu mengalahkan kelajuan seekor cheetah ataupun Usain Bolt pelari pecut 100 meter terpantas didunia ketika ini.

Sebenarnya suara gema raja rimba ini mampu didengari sejauh 10 kilometer. ini memang menggerunkan apabila suara itu bergema dihutan belantara. gema ini telah membuktikan haiwan lain akan gerun dan menggigil bila mendengar sahaja gema suara sang belang didalam hutan walaupun sang belang itu berada 10km jauhnya.


Kelebihan memiliki suara yang garau dan tubuh yang gagah membolehkan harimau menumbangkan musuhnya yang mempunyai tubuh badan yang lebih besar melalui psikologi gema suaranya. bayangkan seekor harimau boleh menumbangkan seekor seladang yang lebih besar dan kuat darinya.

Selain dari mempunyai suara yang kuat, harimau juga memiliki penglihatan yang tajam dan pendengaran yang jelas, dua kelebihan deria ini membolehkan harimau membantu dirinya mengatur langkah didalam hutan walaupun diwaktu malam hari. ini kerana matanya dibantu oleh 'tapetum lucidum' iaitu sejenis struktur pembiasan cahaya yang membiaskan cahaya matahari yang terkumpul diwaktu malam. selain mempunyai penglihatan yang tajam harimau juga mempunyai sentuhan kaki yang peka terhadap struktur permukaan bumi. ini membantu harimau melangkah didalam gelap, mengesan bahaya dan menjejak mangsa. ini adalah antara sifat harimau yang ditiru oleh penjejak (trooper) dalam pasukan komando.

Telinga harimau juga amat peka dimana ia mampu mendengar bunyi yang dihasilkan oleh mangsanya dari jarak 5 km walaupun dihalang oleh pokok-pokok besar dan batu-batu besar. namun begitu harimau juga mempunyai kelemahanya iaitu deria baunya yang tidak dapat membezakan antara bau darah dan bau haiwan buruannya. tidak cukup dengan itu harimau juga akan hilang arah apabila bersin. asap adalah antara bahan yang mampu membuatkan harimau bersin. sebab itulah harimau akan lari dari api bukan kerana ia takut tapi alerginya terhadap asap yang dihasilkan dari pembakaran itu.

Anak harimau yang dilahirkan juga dalam keadaan buta dan ia mudah diserang bahaya pada ketika ini. jadi walaupun harimau sejenis binatang yang ganas dan liar ia mampu dijinakkan sekiranya kita mampu menghilangkan sifat2 asalnya sebagai pemburu yang hebat. namun demikian buat masa ini belum lagi ada manusia yang mampu menjinakkan harimau dan membelanya dirumah seperti kucing. ini kerana sifat ganas haiwan ini tetap wujud dan ia boleh menyerang apabila terkejut.

Setahu aku hanya 'harimau malaya' aje yang mampu bermain bolasepak didunia ini....hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...