Isnin, 9 Mei 2011

Gula Oh Gula....

Assalamualaikum WBT
Hari Ahad baru ni mak bagi aku 2 pek gula seberat 1 kg...aku mula menolak juga sebab aku ni tak la kuat sangat menggunakan gula...mak suruh juga ambil, jadi untuk tidak menghampakan hati mak..aku ambil juga la....alih2 arini dikhabarkan gula akan naik 2 kupang (20 sen)...kalau aku tau lebih baik gula tu aku tinggalkan untuk mak gunakan, tak payah nak beli2 lagi, buat stok aje kat rumah di kampung tu...

Dalam bab kenaikan harga gula ni, aku memang tak berapa berkenan alasan yang diberikan konon kenaikan disebabkan nak kurangkan orang ramai ambil gula dan nak kurangkan jumlah pesakit kencing manis sebab setahu aku kalau memang dah kaki makan gula, naiklah berapa tinggi pun mereka tetapi belasah juga.tak kukuh la alasan ni digunakan dan alasan sebegini juga yang selalu dipraktikkan oleh menteri2 yang akan menaikkan rege barang2 keperluan ni..aduyai!!!

Sama juga dengan rokok. Nak kurangkan orang hisap rokok, maka harga rokok sekarang dah lebih RM10 sekotak yang 20 batang. Tapi naiklah sampai RM50 sekotak pun, orang akan tetap beli dan hisap jugak. Apa masalah...(mujur aku tak hisap rokok)

Ada juga betulnya kata rakan-rakan geng PR ni... Lepas ni kerajaan patut naikkan harga beras sebab makan nasi lemak menyebabkan ramai yang obesiti. Jadi nak kurangkan jumlah obesiti di kalangan rakyat, jual beras mahal-mahal... Orang pun tak buat nasi lemak, habis cerita!!

Bagi aku, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih baik bagi mengatasi masalah TERPAKSA menaikkan harga barang semata-mata nak kurangkan jumlah subsidi kerajaan. Bukan kerana nak kurangkan beban subsidi kerajaan, naikkan harga barang. Ini kaedah zaman Pm yang suka tidor tu... tak boleh pakai dah!

Dato' Ismail Sabri kena lebih kreatif untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.  ramai pakar ekonomi dalam kementerian tu..gunakanlah buah fikiran, idea2 yang bernas selain naikkan rege gula tu...yang akan susah adalah golongan2 marhaen macam aku ni..yang kaya2 tak ngape lah..naik le rege barang apa sekalipun.terjejasnyer mungkin sikit ataupun tak terjejas langsung..Lagipun, apa masalah kalau kerajaan bagi subsidi lebih kepada rakyat. Bukankah duit subsidi itu pun duit rakyat? Jadi pulangkanlah kepada rakyat semula. Bukannya dengan menaikkan harga barang.... 

Ini cari pasal namanya!!luahan dari golongan marhaen macam aku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...