ReviewMe

Jumaat, 15 Julai 2011

Hasad Dengki Membawa Bencana

Salam

Sememangnya, sebagai seorang manusia biasa, yang sering sahaja terlupa, perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Yang menyedihkan, seringkali ia disinonimkan sifat hasad dengki itu dengan orang Melayu. Di Malaysia, apabila disebut sahaja berkaitan dengan hasad dengki, maka sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Seolah-olahnya masyarakat Melayu memang terkenal dengan sebuah masyarakat yang mempunyai hasad dengki yang tinggi.

Aku bukan ingin berceramah tetapi hanya sekadar ingin berkongsi masalah hasad dengki ini di dalam masyarakat kita. Entah kenapa perasaan hasad dengki ini sungguh menebal di dalam masyarakat Melayu. Memanglah tidak semua orang Melayu begitu tetapi persepsinya adalah kuat. Kawan2 sendiri mesti pernah mengalami pekara-pekara yang menjurus kepada hasad dengki ini.

Kata Imam Al-Ghazali, hasad dengki ialah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, "Ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu," – (Hidayatus Salikin 206).

Kebanyakan masalah ini timbul kerana iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan orang itu. Kita ambil contoh seperti didalam bidang perniagaan, 

Jika seseorang itu berjaya dalam perniagaan ada sahaja yang tidak baik di lemparkan dan ada juga yang memarahi orang yang berjaya tersebut. Padahal orang yang berjaya tersebut tidak berhutang atau melakukan kesalahan apa-apa kepada si pendengki. Kadang2 yang memang berhati busuk sehinggakan sanggup menggunakan ilmu hitam agar orang yang didengkinya itu punah musnah.
Aku kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak anda ingin membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tersebut telah tiada? Agaknya apa yang akan di lakukan oleh penjual Cina tersebut? Penjual Cina itu akan memberitahu kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?
Cuba jika di kedai Melayu yang kita pergi dan di sebelah juga adalah kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki yang menebal.
Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila ia akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Ia bagai tidak sedar diri, diri sendiri adalah bangsa apa?
Cuba bawa perasaan dengki ia ke arah positif iaitu dengki tetapi ia di tukar sebagai semangat untuk lebih berjaya dan berusaha lebih kuat dari tidak buat apa-apa dengan hanya pandai berbual kosong menghabiskan masa di warung tidak kira siang atau malam, bercerita pasal buruknya orang lain, salahnya orang lain, cacatnya orang lain, tidak Islam nya orang lain dan kemudian membanggakan puak2 dan pihak2 yang disangkakan benar dan hebat. 
Ingatlah satu jari kita menuding orang lain 4 lagi jari akan menunding ke arah kita. Sudah2lah berprasangka buruk. Andai Allah berikan kita kesempatan untuk menjadi pemimpin mampukah kita laksanakan seperti apa yang kita sembangkan? sekadar cakap dan ulang balik dari apa yang dikatakan oleh orang lain budak2 pun mampu buat. Janganlah kita mendengar gebangnya orang tanpa kita berfikir secara rasional dan logikal.
Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah – Riadus Salihin 4:1441)
Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:
1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.

Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.

Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.

Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.

Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.

Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

* Marilah kita membentuk hasad dengki itu kepada semangat yang positif supaya ia menjadi semangat untuk berusaha lebih Berjaya. Dan mari kita sedarkan orang kita agar menghargai bangsa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...