Rabu, 13 Julai 2011

Kecewa dengan ASTRO

Salam

Aku nak meluahkan perasaan ketidakpuashatian aku terhadap astro. Kenapa takde siaran langsung malam ni? Sedangkan tv luar boleh menyiarkan siaran tu secara langsung. Adakah puncanyer dari penganjur proevents atau astro sendiri yang membuat keputusan agar siaran tu tidak ditayangkan. Setakat nak buat siaran ulangan, bek tak payah, orang dah tau keputusannya.

Dah la harga pakej akan dinaikkan, siaran macam ni pun tak mau ditayang, slogan bukan main lagi. Bukan semua orang ada duduk di kuala lumpur yang boleh pergi ke bukit jalil menonton perlawanan tu dan bukan semua orang mampu nak membeli tiket yang dijual...ada fikirka? betulka proevents selaku penganjur meletakkan syarat 80% tiket terjual baru disiarkan secara langsung? Wah! best punyer syarat....

Malam ni mau tak mau aku terpaksa juga menonton siaran tu melalui video streaming. Sungguhpun tersangkut2 aku puas ati dapat menyaksikan secara langsung dan dapat mengetahui keputusan 4 - 0 tu terus menerus. Pasukan Malaysia bermain agak bagus dan yang penting strategi menjaga diri dari kecederaan itu adalah lebih utama, tewas dengan Arsenal takpe, jangan tewas dengan Singapura nanti.

Perlawanan seterusnye menentang Liverpool dan Chelsea adalah salah satu latihan yang amat berguna untuk pasukan Malaysia bagi menguatkan dan mempertajamkan skuad kebangsaan untuk menentang Singapura kelak.

Apapun harapan rakyat Malaysia ingin menyaksikan kebangkitan pasukan Harimau Malaya, Insyaallah akan terlaksana dengan usaha, semangat dan kerjasama semua pihak.

* Aku hanya rakyat yang mampu berdoa untuk kejayaan pasukan negara



2 ulasan:

  1. betul2..kalah dgn arsenal xpe..jgn kalah dgn SINGAPURA...kasi HANTAM sama dia..ehe
    ape pun Malaysia dh main dgn baik tadi.Aku sokong je wlaupun kalah :)

    BalasPadam
  2. sokong tetap sokong bro...kalau bukan kita sapa lagi nak sokong...cume pemain la pulak yang perlu jalankan peranan mereka....bermain besungguh untuk negara

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...