Selasa, 5 Julai 2011

Sokong Orang Gila Kita Akan Gila Bersama

Salam

Sepertinya tajuk diatas berbunyi agak lain dari hari yang lain...kenapa aku menulis tajuk seperti itu? ntah la

Orang gila beserta beberapa pengikutnya yang gila itu telah pun bertemu dengan pemimpin besar sebuah kerajaan, justeru apakah relevannya lagi perhimpunan yang tak rasmi itu diadakah hatta dalam arena yang tertutup sekalipun kerana matlamat asas perhimpunan tak rasmi itu adalah untuk "menyerahkan memorandum" kepada pemimpin besar kerajaan itu. 

Andai mereka tetap berkeras ingin mengadakan perhimpunan tak rasmi itu dalam arena yang tertutup nanti, pihak berkuasa perlu memberi syarat ketat supaya diadakan di arena tertutup khusus yg dikenalpasti seperti arena di negeri alam shah, arena di negeri serambi, jelapang atau yang terbaik di mutiara, sekurang2nya :

1. Perhimpunan tak rasmi itu jauh dari kota, justeru situasi di kota kekal seperti sediakala andainya huruhara berlaku. Rakyat marhaen pun tidak la susah dan mengeluh tak tentu pasal. Bukan apa, alih2 nanti sumpah seranah juga yang terhambur dari mulut rakyat marhaen. Lainlah para peserta perhimpunan tak rasmi yang sedia ada gila itu...hehe

2. Andai berlaku kesesakan lalulintas, biarlah pemerintah kerajaan berjiwa rakyat (hehe) yang begitu beria2 menyokongnya merasai sendiri kesannya, barulah mereka tahu langit tinggi atau rendah implikasi perhimpunan tak rasmi beramai2 yang penuh dengan emosi amarah dan emosi menggila ini.


Pada waktu itu apa reaksi mereka apabila kena pada batang hidung sendiri!!!!

* apa yang aku tulis ini....hehehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...