ReviewMe

Rabu, 20 Julai 2011

Trivia Pengetahuan Am - Lelaki, Mitos dan Realiti


Salam 

Malam ni aku berkongsi lagi sedikit ilmu yang boleh juga di gunakan untuk panduan ataupun hanya sekadar untuk di ketahui....

Tips ini sesuai untuk perempuan2 yang ingin mengenali dan memahami karakter dan perwatakan lelaki. 

1. SHOPPING

MITOS: Lelaki tidak suka shopping

REALITI: Lelaki tidak suka shopping dengan kekasih kerana bimbang duit dalam poket jadi kering. Tetapi sekiranya dengan teman sesama lelaki mereka juga sama seperti perempuan. Rambang mata!

2. BUAT PELBAGAI KERJA DALAM SATU MASA

MITOS: Lelaki tidak suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.

REALITI: Lelaki tidak suka melakukan banyak kerja dalam satu masa kerana mahu kelihatan macho dan tenang. Kalau peluh sudah keluar mencurah-curah jatuhlah saham. Bila dengan kawan sesama lelaki, tidak ada apa yang mahu ditunjukkan tak macho pun tak apa.

3. SEKS

MITOS: Lelaki hanya fikir soal seks.

REALITI: Lelaki memikirkan soal seks kerana perempuan yang membuatkan lelaki memikirkannya. Jadi sebagai sahabat kalau anda tidak suka janganlah buat dia memikirkannya.

4. PENAMPILAN

MITOS: Lelaki begitu bangga menjaga penampilan siri supaya sentiasa nampak macho dan bergaya.

REALITI:Lelaki sebenarnya suka sesuatu yang ringkas, tetapi ada kalanya terpaksa berlakon nampak bergaya dan cerewet tentang penampilan diri. Kalau dengan kawan-kawan sendiri apapun boleh pakai.

5. MEMILIH USIA

MITOS: Lelaki hanya suka berkawan dengan dengan perempuan yang lebih muda.

REALITI: Lelaki sebenarnya suka berkawan dengan perempuan muda kerana mahu berseronok tetapi kalau diikutkan yang sebenarnya lelaki juga suka berkawan dengan perempuan matang.

6. CEPAT MARAH

MITOS: Lelaki kebanyakan panas baran tidak kira tempat.

REALITI: Lelaki marah bila fikirannya berserabut sahaja, tetapi bila hatinya berbunga, perkara yang sepatutnya marah pun boleh buat mereka tersenyum.

* Bagi lelaki kalo ada kebenarannya disitu, maknanyer anda memang lelaki...hehehe. Bagi perempuan, belajar2lah mengenali karakter lelaki yerrrr.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...