ReviewMe

Selasa, 12 Julai 2011

Demi Cinta, Sanggup Berjalan Kaki 1800km

Salam

Demi membuktikan cinta yang tulus ikhlas dan suci kepada sang kekasih..hehehe, seorang lelaki bukan sahaja sanggup berjalan kaki menempuh perjalanan sejauh 1 800 km dari Anyang, Henan ke Guangzhou semata2 untuk meminang kekasihnya, malahan sanggup mengambil cuti dari majikannya semata2 niat suci nya itu...:)

Lelaki tersebut bernama Liu Pei Wen berusia 29 tahun hanya berjalan kaki untuk ke Guangzhou dan akan menempuh perjalanan dalam masa sebulan setengah. Walaupun kisah ini mendapat perhatian media dan pengguna internet China, Liu berkata yang teman wanitanya tak tahu lagi tentang apa yang dia lakukan.
“Kami cuma bergurau dimana dia mengatakan dia akan menyakinkan ibunya untuk membenarkan saya mengahwininya jika saya berjalan dari Anyang ke Guangzhou” kata Liu kepada wartawan selepas tiba di Luohe, Henan Province pada 3 Julai sambil membawa bendera kecil buatan sendiri yang tertulis 'Berani, penuh keberanian, untuk melawat ibu isteri saya'. 
Hidup adalah pendek katanya lagi, dan demi cinta, tiada cabaran yang terlalu besar.
* macam2 manusia boleh buat demi untuk membuktikan sesuatu...takde yang mustahil...bagi kita pulak bagaimana?kepada siapa pembuktian itu perlu ditunjukkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...