ReviewMe

Isnin, 4 Julai 2011

Kemenangan Yang Sukar..

Salam sume

Sudah beberapa minggu bile tibe aje ari jumaat aku pasti akan ada tugasan yang perlu dibereskan. Jadi blog aku ni takkan dikemaskini bila tiba ari Jumaat hingga Ahad

Alhamdulillah segala tugasan yang aku terima sudah aku bereskan, jadi hari ini walaupun penat bari balik dari 'outstation' aku cuba nak menggatalkan tangan ni untuk mencatatkan sesuatu disini sebagai renungan dan pedoman untuk aku juga kawan2 yang sudi membacanya.

Apa nak diceritakan yer.?Oh yer berkaitan kemaraan Malaysia ke pusingan kedua kelayakan piala dunia bertemu Singapura pada 23 Julai ni. Macamane pandangan kawan2 berkaitan perlawanan semalam?

Bagi aku walaupun Malaysia mengalami kekalahan ( 3-2 dan agregat 4-4 ) dan layak kerana kelebihan jaringan ditempat lawan namun yang paling penting, kemenangan taiwan pada malam tadi adalah dengan bantuan pemain ke 23 dalam padang iaitu pengadil.

Nampak sangat pengadil dari Vietnam tu tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya. Banyak keputusan yang boleh diragui terutama dengan pemberian ikhlas sepakan penalti kepada taiwan. Andai kata penalti kedua itu menerjah jaring, keputusan mungkin berbeza akan terjadi malam tadi.

Apapun tahniah juga kepada pasukan dan pemain Malaysia diatas permainan yang ditunjukkan malam tadi. Ada perubahan yang dapat dilihat pada corak permainan, cuma bagi aku kita masih kekurangan pemain barisan 'midfielder' yang boleh mencorakkan permainan untuk pasukan Malaysia. Ketiadaan Shahrul Idlan Talaha amat dirasai.

Tahniah untuk SKUAD HARIMAU MALAYA....kita amukan pula singa di seberang tambak. Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...