ReviewMe

Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia Tewas Lagi

Salam

Dalam kesibukan kita memperkatakan tentang mutu bolasepak Malaysia, kita sebenarnyer terlupa pada pasukan sepaktakraw Malaysia yang berjuang di Kejohanan Dunia Istaf di Kuala Lumpur yang bermula 21 - 24 Julai. Kejohanan itu berakhir pada petang tadi dengan keputusabn yang tidak memihak kepada pasukan negara kita.

Pasukan sepaktakraw kita suatu ketika dahulu adalah pasukan yang mendominasi sukan ini di arena antarabangsa, cuma pada dekad yang baru ini, pasukan Malaysia kurang berjaya untuk menjinakkan musuh tradisi Thailand.

Pada kejohanan dunia ISTAF yang pertama ini, pasukan Malaysia layak ke perlawanan akhir menentang Thailand dan kesudahan seperti yang diketahui, kita tewas dan gagal meraih kejuaraan itu apabila tumpas dengan musuh tradisi secara 3 set berturut-turut..Set Pertama 4-15, Set Kedua 6-15 dan Set Ketiga 11-15..


Malaysia yang menjadi tuan rumah di kejohanan piala dunia ini gagal menampilkan aksi terbaik untuk menandingi kehebatan pasukan thailand dalam sepak takraw ini..pasukan Malaysia juga gagal meraih sebarang mata untuk set dan memberi kemenangan mudah keatas regu thailand yang sememangnya handal dari segi servis dan pertahanan kental

Pasukan Malaysia perlu memperbaiki dan berusaha untuk menutup segala ruang kelemahan dan mencari formula terbaik bagi menewaskan musuh tradisi itu. Sebenarnya ia mampu dilaksanakan andai strategi dan latihan yang berterusan dapat dilaksanakan. Pengurusan juga perlu berubah untuk menjadikan sepaktakraw kembali ke landasan sepatutnya.

* tiada perkara yang mustahil andai kerjasama dan semangat untuk berjaya itu menjadi tonggak pasukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...