ReviewMe

Rabu, 20 Julai 2011

Sepakan Penalti Dengan Tumit Kaki



Salam

Macamane kita nak mentakrifkan dan menggambarkan situasi ini,? bagi aku ia sesuatu yang unik dan kreatif. Walaupun pada pandangan yang lain ia seolah2 menghina dan menperolok2kan pasukan lawan. Namun itulah yang telah terjadi.

Perlawanan persahabatan bolasepak antara UAE dan Lubnan menimbulkan kontoroversi apabila pemain UAE, Theyab Awana menjaringkan gol sepakan penalti dengan menggunakan tumit kaki.

Semasa mengambil sepakan penalti tersebut UAE sedang mendahului Lubnan 5 - 2.  Dengan jaringan penalti tersebut pasukannya berjaya menundukkan Lubnan dengan jaringan 6 - 2.  Setelah jaringan tersebut dilakukan pemain tersebut dikenakan kad kuning namun jaringan penalti tersebut tetap dikekalkan.  Tidak pula diketahui kad kuning tersebut dilayangkan atas kesalahan apa.



Pasukannya juga nampaknya tidak bersetuju dengan cara penalti tersebut diambil dengan mengeluarkan Awana sejurus  jaringan tersebut walaupun baru lebih kurang 3 minit memasukkan beliau sebagai pemain gantian.

* Dilihat pada sepakan tersebut, tidaklah laju sangat, cuma mungkin penjaga gol itu tidak menyangka yang sepakan itu akan dilakukan sedemikian rupa....hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...