ReviewMe

Rabu, 13 Julai 2011

Dalam Ketawa Ada Sindiran....

Salam

Abu Nawas menunggang keldainya ke rumah seorang sahabat. Ketika dalam perjalanan, Abu Nawas menunggang terbalik, iaitu badannya menghadap bahagian ekor keldai manakala belakangnya pula menghadap kepala keldai. 

Orang ramai yang melihatnya mentertawakannya.Lalu berkatalah Abu Nawas, "Apa yang kamu tertawakan?"Orang ramai masih ketawa lalu seorang daripadanya berkata, "Kamu menunggang keldai dengan cara yang salah, wahai Abu Nawas."Abu Nawas cuba mengelakkan dirinya kelihatan bodoh, lalu berkata,"Sebenarnya bukan aku yang salah menunggang keldai ini. Keldai yang degil ini sebenarnya yang salah. Adakah patut ia letakkan ekor di kepalanya, dan kepala di ekornya?

Lalu orang ramai yang berada di situ terus ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Abu Nawas tadi.

* Orang yang degil dan tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan akan nampak sangat bodoh pada mata orang lain.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...