ReviewMe

Khamis, 14 Julai 2011

Aku Lebih Menghormati Pakcik Ini...

Salam

Kenapa aku masih lagi nak memperkatakan mengenai agenda ini? kenapa aku masih mau menceritakan dan mewar2kan perkara yang baru berlaku ini. Bagi sesetengah kawan aku ada yang marah, menghina, mengeji dan menilai yang buruk tentang aku. Takpe aku tidak mengambil berat apa yang kawan2 katakan. Kawan2 ada hak masing2, kawan2 ada pandangan masing dan kawan2 juga ada akal yang boleh berfikir dengan waras.

Seperti yang selalu aku ulangi, aku ada hak dan sebab aku sendiri kenapa aku marah dan benci kepada agenda ini. Cukuplah kawan2 aku sudah pernah rasa apa yang kawan2 belum tentu pernah rasa. Aku pernah menyokong kepada apa yang aku rasa perkara paling bodoh aku pernah sokong. Ia sudah berlalu dan aku tidak mau perkara yang buruk akan melanda agama, negara dan bangsa aku ini andai apa yang mereka idam2kan akan diperolehi.

Aku pertontonkan video ini untuk kita semua fikirkan betapa lebih mulia dan terhormat pakcik ini (bagi aku) berbanding sebahagian orang yang melaungkan kononnya mereka manusia paling baik, paling sempurna, paling hebat dan betul pada semua tindakan dan yang lebih teruk kepada penyokong2 yang menyokong membuta tuli, mengia dan mengangguk apa sahaja yang keluar dari butir bicara sebahagian pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri. Entah apa yang mereka fikirkan...aku sendiri pun jadi ragu

Mungkin kawan2 yang melihat video ini akan menafsirkan pelbagai andaian dan musabab, itu hak masing2.




* Apa guna kaya tapi ilmu tidak ada di dada.....tersentuh hati dengan keikhlasan tutur bicara pakcik ini  Aku berdoa semoga Allah memberi kesihatan yang baik padanya ini..Aminn

Saksikan

3 ulasan:

  1. aku suke ayat dia 'jangan tanya apa negara bagi kat kite,tanya apa yang kite bagi kat negara' lebh kurang mcm tu la.. :)

    BalasPadam
  2. Aku tertarik dengan ungkapan "TV3 beri duit RM20 Ribu pun aku tak mahu, aku tak nampak kiblat Allah dengan duit", "Sanjung tinggi takda.. Aku bakal mati dan kaku hancur ditelan bumi"...begitulah lebih kurang

    BalasPadam
  3. kadang2 kita cukup mudah untuk menilai manusia sekadar melihat dari luaran saja..namun kita perlu sedar kadang manusia ada yang lebih mulia hati mereka tanpa mereka menunjuk2 apa kelebihan yang mereka ada

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...