Ahad, 17 Julai 2011

Ratusan Ribu Solat Berimamkan Imam Masjidil Haram

Salam

Sambil aku melayari internet, aku terjumpa lawan web yang menunjukkan ratusan ribu umat Islam India sedang melakukan solat Subuh berjemaah berimamkan Imam Masjidil Haram Mekah, Sheikh Abdul Rahman Al Sudais pada 27 Mac 2011 yang baru lepas di Masjid Akbar, New Delhi.

Subhanallah, hanya itu perkataan yang mampu aku ucapkan, betapa umat Islam di India lebih menghargai dan menghormati seorang Imam yang kerapkali mengimamkan solat jemaah di Mekah. Kita di Malaysia ini, tidak seramai mana yang menyambut dan bersama2 berada pada majlis Imam Abdul Rahman Sudais.

Yang lebih menjengkelkan ada pula sesetengah pihak dan puak2 yang merasakan mereka lebih Islam dari orang lain yang marah, mempersoalkan dan mungkin juga merasa terhina apabila Imam Abdul Rahman tidak menyebelahi pihak dan puak2 mereka. Korang boleh baca kenyataan Imam Abdul Rahman mengenai Malaysia yang menyebabkan puak2 ni marah di suratkhabar2 yang memetik percakapan beliau.

Tengoklah betapa cetek dan rendahnya tahap pemikiran sesetengah puak yang merasakan dan mewar2kan mereka pejuang dan penegak Islam di Malaysia ini, andai ada orang yang tidak menyebelahi mereka, sungguhpun orang itu boleh kita iktirafkan sebagai ulama bagi umat Islam seantero dunia maka apa yang dinyatakan oleh orang ini akan di tolak mentah2 dan ada yang sampai sanggup memperlecehkan orang itu dengan pelbagai kata2 dan alasan2 yang tidak munasabah. Korang fikirkanlah sendiri, bila politik dan kekuasaan sudah melingkari diri dan hidup segala yang tidak menyebelahi akan ditentang walaupun sesama agama dan bangsa.

Tengoklah gambar di bawah ini..

http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/kaum-muslim-india-shalat-subuh-berjamaah-di-masjid-jama-_110407090530-591.jpg
http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/kaum-muslim-india-shalat-subuh-berjamaah-di-masjid-jama-_110407085825-382.jpg
http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/jamaah-berebut-melihat-imam-masjid-agung-mekah-abdul-rehman-_110407090735-187.jpg
http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/jamaah-hilir-mudik-usai-shalat-subuh-di-masjid-jami-_110407090707-783.jpg
http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/ratusan-ribu-jamaah-muslim-india-shalat-subuh-di-masjid-_110407091003-381.jpg
http://nexlaip.files.wordpress.com/2011/04/situasi-shalat-di-masjid-jama-new-delhi-27-maret-2011-_110407090425-940.jpg
 * Di Malaysia? kita sama sudah lihat dan saksikan...Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...