ReviewMe

Selasa, 5 Julai 2011

Trivia Pengetahuan Am - Buku Termahal Di Dunia

Salam

Buku ‘Codex Leicester’ adalah buku yang paling mahal pernah dijual ia dibeli oleh Bill Gates pada satu acara lelong pada tahun 1994 pada harga ≈ € 23.22 million bersamaan £ 20,64 juta ataupun $ 30,80 juta, kalau dalam RM lebih kurang 123.2 juta

Ditulis diantara pada tahun 1506 dan 1510. The ‘Codex Leicester’ terkandung di dalamnya idea2 dan buah fikiran Seniman Besar Renaissance, saintis dan juga Pemikir Terulung, Leonardo da Vinci.

Naskhah Kuno ini dinamakan ‘Thomas Coke’ selepas Earl of Leicester I membelinya pada tahun 1717. Secara fizikalnya,’The Codex’ memuatkan 18 lembar kertas, masing-masing dilipat dua dan bertulis pada kedua sisinya membentuk lengkap halaman 72 muka surat.

Dibuat dengan tulisan tangan dalam bahasa Itali oleh Leonardo menggunakan cermin khas untuk menulis dan disokong dengan gambar dan diagram yang banyak. 

Dari bulan Jun-Ogos 2007,’The Codex’ dipamerkan selama 2 bulan yang diselenggarakan oleh Perpustakan Chester Beatty di Dublin,Ireland.

‘The Codex’ dipertontonkan untuk tatapan awam sekali setahun di bandar yang berbeza di seluruh dunia. Tahun 2004,’The Codex’ telah dipamerkan di Chateau de Chambord dan pada tahun 2005 pula dipamerkan di Tokyo.

Satu muka surat dari halaman ‘The codex’ ini dipamerkan di Muzium of Flight di Seattle pada tahun 2006 pada Pameran “Leonardo da Vinci:Man,Investor,Genius”.
Sumber : world intresting fact

Berikut pula adalah rupa bentuk Buku ‘The Codex’

Sampul Buku ‘The Codex’

Muka Surat ‘The Codex’

Muka Surat lainnya

Halaman Depan ‘The Codex’

Pemilik Buku ‘The Codex’ ,Bill Gates
Penulis Buku ‘The Codex’ ,Leonardo da Vinci

 * harga buku ni kalau dapat kat aku boleh membuatkan aku tak perlu bekerja sepanjang hayat...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...