ReviewMe

Rabu, 27 Julai 2011

Mampukah Harimau Malaya?



Salam

Sekalung penghargaan kepada anak muda yang menggelarkan dirinya broxcute atas penghasilan lagu ini. Satu usaha yang boleh dibanggakan sebagai usaha menaikkan semangat para pemain Harimau Malaya dan juga para penyokong skuad bolasepak Malaysia. Terima kasih juga kepada skuad penyokong Ultras Malaya yang sentiasa di belakang skuad ini samada dalam susah dan senang. Ini yang kita kehendaki, menyokong bukan hanya pada masa kegemilangan tetapi juga di saat kejatuhan. Barulah dikatakan 'die hard fan'..

Mampukah Harimau Malaya mengaum ekoran kecederaan di tangan Singa tempohari? Dengan kekalahan 5 - 3 pada perlawanan pertama itu, aku merasakan bukan sesuatu yang mustahil untuk Harimau Malaya kembali mengaum dan merobek keangkuhan sang singa dengan jaringan yang lebih besar dan menidakkan keupayaan sang singa merobek gawang, kemenangan Insyaallah dalam genggaman.

Pasukan Harimau Malaya mampu untuk bangkit atas sebab2 dan faktor yang aku kira dapat membantu. Aku tidak mahu merencanakan strategi yang sebenarnye berada dalam bidang kepakaran jurulatih dan pihak pengurusan, cuma yang penting barisan pertahanan perlu mantap dan berhati2 lebih dari yang sepatutnya. Perlu ada seorang leader yang dapat memimpin barisan pertahanan agar kealpaan dapat di kurangkan atau lebih elok tiada langsung..kerana kesilapan yang kecil akan merubah lanskap perlawanan pada malam esok.


Selain itu, faktor padang juga perlu diambil kira, pasukan Malaysia sudah terlatih dan telah menjadi kebiasaan bermain diatas padang rumput yang asli berbanding singapura yang telah dibiasakan bermain diatas padang tiruan seperti perlawanan tempoh hari, dimana tempo permainan memang laju dan bola sukar dikawal. Ini merupakan kelebihan pada pasukan kita untuk mengawal bola dengan lebih teratur dan tersusun di atas padang stadium kita sendiri.

Ultras Malaya pasti akan turun dan memberikan semangat kepada pemain. jangan dilupakan pemain ke 12 dalam stadium ini, ia mampu merobohkan apa sahaja yang menjadi penghalang. Dengan penjualan tiket yang diluar jangkaan pasti stadium bukit jalil akan gempita dengan sorakan penyokong. Jadikan situasi ini sebagai pemangkin untuk pemain mempamerkan kesungguhan dan permainan yang menarik dan yang penting kemenangan milik kita. Buat penyokong dan rakyat Malaysia samalah kita berdoa agar sejarah tercipta pada malam 28 Julai ini. Usaha dan keringat sudah diperah namun tawakal dan kekuatan doa juga perlu, pohonlah doa dari PENCIPTA agar kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Buat pemain kerah kan keringat usahakan semangat pastikan matlamat tercapai untuk negara tercinta. Kalah dan menang adat permainan yang penting mutu permainan dan semangat melawan habis habisan itu yang perlu ditunjukkan. Kita sepatutnya berbangga menggunakan sepenuhnya anak tempatan dalam pasukan kita tanpa perlu menggunakan khidmat orang lain. Yakinlah sebenarnya kita boleh..

* Ayuh Harimau Malaya keluarkan kuku dan taringmu...robekkan Sang Singa hingga titisan darah terakhir..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...