ReviewMe

Sabtu, 23 Julai 2011

Malaysia vs Singapura

Salam

Komen untuk perlawanan malam ni yang berkesudahan Malaysia tewas 3 - 5 kepada musuh tradisi Singapura dalam perlawanan yang aku kira menampakkan kepincangan skuad Malaysia terutama di bahagian benteng pertahanan.

Pertahanan Malaysia begitu mudah di cerobohi dan gol2 yang diperolehi oleh Singapura adalah gol2 mudah yang melibatkan kegoyahan pertahanan negara. Kalau dikira dari beberapa perlawanan persahabatan yang baru berlalu dimana skuad negara telah dibolosi oleh lebih dari 10 gol sepatutnya jurulatih dapat mengambil inisiatif dan mencari jalan untuk mengatasi masalah itu. Namun apa yang terjadi pertahanan Malaysia tetap juga dibolosi oleh jumlah gol yang banyak.

Pasukan Malaysia perlu melakukan perubahan, penyesuaian taktikal, pemilihan pemain yang betul dan mengambil kira segenap aspek yang menunjukkan kelemahan dari perlawanan malam ini. Aku percaya pasukan Harimau Malaya mampu bangkit pada perlawanan pada 28 hb ini untuk mengatasi defisit 2 gol tersebut. Apa yang penting...kerjasama dan semangat jitu dalam pasukan perlu diambil berat untuk memastikan pasukan Malaysia mencatat sejarah baru dalam bola sepak negara.

* ayuh HARIMAU MALAYA buktikan yang kita boleh....go Malaysia go...


2 ulasan:

  1. aku lebih suke kalau pemain pertahanan ditukar/digantikan dgn orang lain.sbb sakit hati tgk mereka bermain.sejak dari perlawanan menentang taiwan..mereka tidak berubah.begitu menyakitkan

    BalasPadam
  2. tu yang sepatutnyer bro...aku setuju dengan pendapat tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...