ReviewMe

Isnin, 11 Julai 2011

Lagu Negaraku Dihina Lagi

Salam

Aku cukup sedih dengan apa yang dah dilakukan oleh budak hingusan ni ( aku panggil budak, kalo orang dewasa boleh berfikir secara waras ) kalau sungguh pun taksub dengan ideologi mana2 pihak sekalipun janganlah maruah negara macam ni nak di hina dan dipijak. Ini negara kita maruah kita, kemana lagi kita nak tumpah taat setia kalau bukan di tanah air ini. Andai perkara yang buruk berlaku kalau bukan disini tanah tumpah darah kita ke mana lagi nak kita tuju.

Dulu kes si namawee sekarang budak ni pulak buat perangai. Entah apa lah yang difikirkan nya sampai sanggup menghina dan merendah2kan maruah negara begini. Bersyukur lah dikau budak dapat lahir, membesar, belajar dan hidup di bumi bertuah ni. Kalau negara lain dah lama nyawa melayang dari badan. Banyak cara lain nak meluahkan rasa dan perasaan ketidakpuashatian kamu tu, bukan dengan cara ni."terlajak perahu boleh diundur, terlajak letak status FB yang bukan2 buruk padahnya".

Berdasarkan maklumat budak ini adalah pelajar UMT dan pihak pengurusan universiti sudah membuat laporan polis atas tindakan ngong budak ni. Aku berharap pihak berwajib ambil la tindakan pengajaran yang secukupnya agar perkara ini tidak berlaku lagi. Jangan hanya berani memberi amaran dan amaran sedangkan tindakan jauh dari sepatutnya. Ini maruah negara kita, ini martabat negara kita, andai bukan kita yang menghormati, siapa lagi?

Ni adalah 'wall facebook' budak hingusan tu. korang boleh nilaikan apa yang di tulis dan di zahirkannya.


* ni lah jadinya kalau merasa diri tu hebat dan betul. pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar dan inilah jadinya kalau akal yang diberikan diletakkan di kepala lutut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...