ReviewMe

Jumaat, 15 Julai 2011

Tazkirah Jumaat - Kelebihan Membaca Surah Yassin

Salam


Tazkirah untuk hari Jumaat. Mudah2an dapat memberikan ilmu yang berguna
Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan   mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di hembuskan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…
Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah SWT, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: 
Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWt yang satu. 
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah SWT yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh AS naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah SWT
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba 
Tiupan ke-dua – Hancur dunia dan alam semesta
 Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. 
Untuk doa bermula daripada Ayat yang
bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79)
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: 
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

Elok dibaca

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, InsyaAllah dengan berkat Allah ianya termakbul.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...