ReviewMe

Selasa, 12 Julai 2011

Malaysia VS Arsenal


Salam

Buat permulaan Al -Fatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari ( 13 Nov 1953 - 11 Julai 1991 ) sudah 20 tahun legenda ini meninggalkan kita. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya, pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bolasepak dunia. 


Paling ketara, Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang Allahyarham mempamer taring dan kehebatannya. Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.


Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.


Dengan 167 
kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar. 

Dan bersempena perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya dengan pasukan Arsenal malam ni. Aku dedikasikan video perlawanan antara Malaysia dan Arsenal pada 1975 ni dengan jaringan 2 - 0 oleh legenda 'supermokh' agar kemenangan itu dapat menyuntik semangat pemain Harimau Malaya malam ini.


* Mampukah Harimau Malaya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...