Sabtu, 11 Jun 2011

Keghairahan Yang Memilukan..

Salam 

Aku tertarik dengan paparan video yang membuatkan aku ketawa petang tadi. Berita TV3 jam 1.30 tadi ada menayangkan video bola sepak ini. Kisahnyer pada suatu perlawanan bolasepak yang akan menentukan pasukan yang akan menaiki ke liga yang lebih baik, jadi setelah perlawanan berkesudahan seri maka diadakan penentuan sepakan penalti.

Kawan2 boleh tengok video ini, akibat keghairahan penjaga gol itu konon2nyer meraikan kemenangan pasukannya dia tidak memerhatikan keseluruhan kedudukan bola yang disepak oleh pemain pasukan lawan yang pada anggapannyer akan keluar dari kawasan permainan, namun itulah yang dinamakan rezeki dan juga nasib baik, bola yang pada permulaan terkena palang dan melantun tinggi tidak keluar dari kawasan permainan malahan bola itu jatuh dalam kawasan kotak penalti dan bergolek perlahan2 masuk kedalam gol

Pada ketika yang lain penjaga gol itu meraikan konon2 kemenangan pasti berpihak pada pasukannyer, manakala pemain yang menyepak bola itu sudah terduduk dan tertunduk kesedihan dengan anggapan bola itu tidak mungkin akan menghasilkan gol. Namun itulah yang dikatakan nasib baik dan rezeki mereka. akhirnya pasukan itu menang dengan 'bergaya'....

* moral nyer kita jangan terlalu bergembira dan berpuashati dengan sesuatu yang belum ada kepastian yang mutlak...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...