ReviewMe

Rabu, 8 Jun 2011

Cerita-cerita yang aku suka dalam tahun 1980 an dan 1990 an

Salam

Malam ni entah kenapa tibe2 aje ingatan aku kembali menerjah ke zaman kanak2 dulu..memang seronok sangat kalau hendak difikirkan dan kalau boleh di putarkan dunia ini mahu sahaja aku kembali ke zaman keriangan itu dan entah kenapa aku teringat pada cerita2 yang pernah mewarnai kaca tv pada zaman dulu yang menjadi ikutan dan menjadi sumber penceritaan dengan rakan sebaya.

Mungkin kerana zaman sekarang ni cerita2 yang di tayangkan di kaca tv sudah tidak semeriah dulu, memang dan tidak dinafikan cerita2 zaman sekarang terlalu pelbagai dan terkini, tapi disebabkan terlalu banyak sangat cerita2 dan setiap hari ada sahaja cerita2 terbaru yang muncul, aku merasakan cerita yang wujud di kaca tv zaman milenium ni sudah kekurangan nilai yang boleh dijadikan modal untuk kanak2 cerita dan bualkan.
Zaman itu, kanak2 seperti aku sentiasa tertunggu dan ternanti akan cerita2 yang akan ditayangkan, setiap cerita yang menjadi ikutan akan di ingati waktu dan hari tayangan di kaca tv. cerita Incredible Hulk, si david yang bertukar menjadi rasaksa hijau apabila marah atau disakiti, terjadi dan berubah setelah terkena pancaran sinaran gamma berlebihan.
The A-Team Photo
The A Team satu pasukan penumpas jenayah yang tersohor dimana watak utamanyer adalah Mr T yang berimej rambut ala2 trojan. cerita Ultraman yang hero nyer bernama Hanata yang akan bertukar menjadi ultraman untuk menyelamatkan bumi jepun dari rasaksa.
Polis Angkasa Gaban yang boleh bertukar dalam masa 0.03 saat dan akan dibawa ke ruang angkasa syaitan, hehehe masih ingat lagi akan dialog itu. Kesatria Baja Hitam dengan belalang tempur nyer yang akan memusnahkan geng2 jahat yang berleluasa di bumi jepun juga.

cerita bersiri BJ dan Mckay juga seronok untuk ditonton dimana cerita ini berkisar kepada pemandu treler bersama chimpanzi nyer yang bijak dan lucu. Satu lagi cerita bersiri tersohor yang menjadi kegilaan ramai pada masa itu sudah semestinye siri McGyver. Kekreatifan dan kecekapan seorang lelaki genius yang mampu menggunakan segala material disekelilingnyer untuk melepaskan diri dan menumpaskan penjenayah amat2 dinantikan tayangan nyer.

selain itu siri Knightrider, kisah kereta pintar yang mampu berkata2 dengan heronyer yang juga berorientasikan menentang penjahat, adalah siri2 tv yang menjadi ikutan dan perbualan kanak2 dimasa itu. Siri2 kartun yang pelbagai juga sering ditonton dan diikuti, selain itu banyak lagi cerita2 yang boleh dikongsikan dengan semua namun cukup sekadar itu sebagai kenangan terindah yang sukar dilupakan. 

Sungguh indah kalau dikenangkan zaman kanak2 pada era 80 dan 90 an.. walaupun kehidupan pada masa itu serba sederhana kalau dibandingkan dengan zaman sekarang namun kehidupan yang begitu menjadikan aku kanak2 dan rakan2 sebaya pada waktu tahan lasak dan berani. Pagi ke sekolah, dibebani kerja sekolah, dimarahi guru, pulang kerumah ada kerja menanti, dimarahi ibubapa namun apabila dapat menonton2 cerita2 begini, hilang  segala kedukaan dan hati jadi riang gembira tak terkata, kalau ada dikalangan yang tidak mempunyai tv, sanggup sahaja berjalan kaki atau menaiki basikal menonton dirumah jiran atau saudara mara.

Kanak2 zaman ini lahir sahaja sudah disogokkan dengan kemewahan walaupun bukan semua tapi itulah realiti hari ini. permainan2 video, sukan2 yang moden dan rancangan2 tv yang pelbagai menjadikan kanak2 sekarang manja dan dimanjakan..benarkah begitu?sama2 kita fikirkan...

* ada lagikah cerita2 itu zaman ni...?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...