ReviewMe

Selasa, 28 Jun 2011

Upin Dan Ipin Satu Fenomena

Salam
Baru2 ni aku ada terbaca artikel dalam satu suratkhabar berkaitan animasi tempatan yang menjadi fenomena dan boleh aku katakan ikon kepada animasi di Malaysia ini. Ye, Upin Dan Ipin, nama besar yang tidak disangka2 boleh menjadi satu fenomena bukan sahaja kepada anak2 kecil malahan orang dewasa juga seronok untuk melihat setiap aksi dan keletah mereka di kaca televisyen. 
Sudah semestinya pujian, tahniah dan syabas kita berikan kepada syarikat Les Copaque atas kejayaan ini. Syarikat bumiputera ini berjaya mewujudkan dan mencipta watak ini yang pada suatu ketika dahulu kita sendiri tidak menyangka ia mampu mengangkat nama negara ke pelusuk asia hanya dengan satu cerita animasi kanak2 yang berjudul Upin dan Ipin.
Dahulu dan kini, siapa yang tak kenal dengan kartun Disney. Satu nama besar dalam industri kartun. Semua anak-anak pasti kenal dengan watak2 kartun yang lahir dari produksi ini. Malah Disney telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia. Mereka memukau setiap kanak-kanak di seluruh dunia dengan watak animasinya yang hebat. Malah Disney juga dijadikan ikon yang tersohor untuk Hollywood.
Aku bangga anak Malaysia juga mampu menghasilkan satu filem animasi yang hebat seperti Upin dan Ipin. Rentetan dari itu, ia telah membuka mata semua pihak bahawa anak tempatan pun apa kurangnya. Mungkin kita tidak setanding dengan filem animasi Hollywood, tetapi dengan usaha yang di tunjukkan oleh Les Copaque membawa watak Upin dan Ipin ke persada perfileman negara amat membanggakan. Berjaya menarik perhatian semua lapisan untuk menonton filem animasi. Inilah satu fenomena baru yang aku perhatikan.
Tidak mustahil fenomena ini amat berjaya dalam mendidik anak2 Malaysia dalam erti kata budaya dan amalan hidup yang sihat terutama dari segi amalan, agama, adat dan budaya orang Melayu, dengan kewujudan cerita ini, anak2 kecil mempunyai  ikon dan contoh yang boleh di ikuti sekalipun ia hanya wujud di layar perak. 
Upin dan Ipin berjaya menjadi perbualan setiap masyakat di bumi bertuah Malaysia ini. Aku perhatikan setiap kanak-kanak pasti meminati cerita Upin dan Ipin. Setiap kali keluar di kaca televisyen, inilah yang di tunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Kalau dulu masing tertunggu Tom & Jerry, Kartun Batman, dan macam-macam lagi, tetapi fenomenaUpin dan Ipin sedikit sebanyak mengubah persepsi minat anak-anak di Malaysia.
Aku ada juga melayari beberapa blog yang berpangkalan di Indonesia dan aku dapati ramai blogger dan rakyat Indonesia mengikuti dan meminati animasi ini. Banyak komentar dan pandangan2 yang dilontarkan oleh mereka, ramai yang memuji dan berasa bangga dengan hasil anak Malaysia. Tidak keterlaluan juga aku katakan yang mereka berasa cemburu dengan hasil kerja rakyat kita ini. 
Sepatutnya dengan keadaan ini kita perlu berbangga ini kerana kita sendiri sedia maklum rakyat Indonesia begitu sukar untuk menerima produk2 luar dari negara mereka. Namun Upin dan Ipin berjaya memecahkan tembok itu dan apa yang kita sendiri ketahui ia sudah menjadi satu fenomena luar biasa disana. 
Sampaikan bila ada pelancong Malaysia ke sana antara pertanyaan yang sering dilontarkan adalah mengenai Upin dan Ipin, cerita nye menarik, dan tagline betul..betul..betul, juga sudah menjadi siulan disana. Dan sepatutnya kita perlu berbangga kerana animasi ini tidak pula diolah bahasakan ke bahasa Indonesia. Mereka berjaya juga mengikuti dan seterusnya belajar pula bahasa Melayu kita. Bukankah itu satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Dengan animasi Upin dan Ipin kita berjaya mewujudkan budaya dan fenomena Malaysia di sana. Tahniah...
Baru2 ini pengarah urusan LesCopaque menyatakan satu visi dan hasrat yang besar untuk Upin dan Ipin. Mereka mahu menjadikan Upin dan Ipin inilah satu ikon untuk kartun yang asal usulnya dari Malaysia. Maksudnya, bila sebut pasal Upin dan Ipin mat-mat salleh di luar sana ingat ianya adalah ikon kartun Malaysia. 
Dan syarikat ini juga bercita2 untuk membina Taman Tema Upin dan Ipin di Perak seperti mana Disneyland yang ada hari ini. Bagi aku ia satu usaha yang perlu sangat2 kita sokong. Aku mengharapkan Upin dan Ipin berjaya dalam cita2 mereka.
Teruskan semangat untuk menjadikan ipin dan upin satu ikon untuk Malaysia. Kita pamerkan nilai dan budaya Malaysia di mata dunia. Malaysia Boleh!!!!!!.....
* satu coretan dari aku di waktu petang. nampak seperti keanak2kan tapi fahami maksud dan  nilai yang ingin aku sampaikan...adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...