ReviewMe

Khamis, 23 Jun 2011

Tahniah Harimau Malaya

Salam semua, 

Tidak lewat rasanyer untuk aku mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menumpaskan Lubnan sebentar tadi. Akhirnya pasukan Malaysia berjaya juga melangkah ke pusingan kumpulan pula. Harapan semoga pasukan yang dibimbing oleh Ong Kim Swee ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Perlawanan malam ini kelihatan seimbang pada separuh masa pertama di mana pasukan Malaysia aku perhatikan menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan bantuan sorakan dari penyokong Malaysia yang agak ramai. Aku menyokong di depan televisyen aje.....Namun di separuh masa kedua, kesilapan yang dilakukan oleh pemain Malaysia yang mendapatkan kad merah telah merubah keseluruhan lanskap permainan pasukan Malaysia. Hampir separuh dari masa kedua digunakan hanya untuk bertahan dan mengekang asakan pasukan lawan. Mujur dengan semangat sepasukan dan usaha yang berterusan pasukan berjaya menjadikan malam ini milik Harimau Malaya.

Taktikal yang digunakan oleh jurulatih pada perlawanan malam ini dari sudut perhatian aku adalah dengan menggunakan hantaran2 pendek dan juga bola rendah amat berjaya mengucarkacirkan pertahanan Lubnan, mungkin jurulatih sudah mengenalpasti dan menganalisa perlawanan pertama yang diadakan di Lubnan tempoh hari. Aku agak terhibur dengan corak hantaran antara pemain2 pasukan Malaysia yang semakin kemas dan teratur, amat berbeza dengan cara suatu ketika dulu yang mana pemain2 agak mudah hilang bola dan hantaran2 bola kepada rakan tidak teratur dan tersusun.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan pasukan HARIMAU MALAYA ini melangkah ke sukan Olimpik akan tercapai.

Go Malaysia Go...Harimau Malaya mengaum malam ni...TAHNIAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...