ReviewMe

Rabu, 29 Jun 2011

Malaysia vs Taiwan

Salam

Baru selesai menonton perlawanan Harimau Malaya menentang Taiwan. Tahniah pasukan Malaysia dengan kemenangan 2 - 1, namun bagi aku ia bukan satu kemenangan yang boleh dibanggakan lagi, ini kerana konsep perlawanan secara timbal balik ini merupakan satu konsep yang memungkinkan segalanya terjadi. Perlawanan di Taiwan pada 3 Julai ini menjadi kelebihan kepada pasukan tuan rumah, Taiwan.

Sepatutnya pasukan Malaysia mengambil peluang yang sebenar2nya malam ini. Perlawanan di tempat sendiri dengan disaksikan begitu ramai penyokong, sorakan padu dan semangat yang ditunjukkan sebaiknya berbaloi dan boleh beri keputusan yang terbaik. Suatu ketika dahulu suasana begini begitu sukar dilihat. Tapi apakan daya kemenangan dengan jaringan 2 gol berbalas 1 yang diperolehi, hakikat yang perlu diterima.

Aku bukan tidak berbangga dengan keputusan ini, tapi bagi aku pasukan Malaysia sepatutnya mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol andai kata selepas gol kedua dijaringkan Malaysia mengekalkan rentak permainan dan mengasak ke pihak lawan dengan berterusan agar Taiwan tertekan dan membuat kesilapan.

Apa yang terjadi pasukan Malaysia seolah2 berpuas hati dengan jaringan tersebut. Dengan sedikit kesilapan pasukan Taiwan berjaya mengurangkan defisit gol dan mendapat bekalan yang berharga semasa bermain ditempat sendiri nanti. Apapun aku merasakan pasukan negara masih mampu melakar kejayaan di Taiwan kelak, apa yang penting strategi dan pemilihan pemain perlu diberi penekanan semasa disana nanti. 

Go Malaysia Go...Malaysia Boleh !!!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...