Khamis, 2 Jun 2011

Tuah Seorang Budak Kecil

Assalamualaikum WBT

Perumpaan orang tua2 "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yg tahu", itu la yg terjadi pada sorang budak berumur 1 tahun kat Belanda nie. Baerke van der Meij mendapat hampir satu juta hits tontonan videonya di YouTube setelah ayahnya Jorg memuat naik video aksi Baerke menyumbat tiga gol ke dalam kotak permainan.





Sebab video yg pada mulanya dimuat naik secara suka2 oleh ayahnyer dan kerana rezeki budak ni ada kelab bola sepak Belanda yg tawarkan kontrak kepadanyer..hehehe bertuahnya.... Budak kecik nie dan keluarganya adalah penyokong Venlose Voetbal Vereniging atau VVV, pasukan bola sepak di bandar Venlo dimana datuk Baerke pernah mewakili pasukan itu sebagai pemain profesional.

Bintang bolasepak VVV Ken Leemans turut menawarkan kontrak kepada Baerke semasa sesi latihan di Stadium De Koel. "Posisi kegemaran Baerke belum ditentukan. Namun, kami melihatnya sebagai pemain dengan keupayaan kaki kanan yang sangat baik dengan ketekunan dan teknik yang baik, dan yang penting: gen bola sepak datuknya ada dalam dirinya, "kata siaran pers VVV Venlo.





Kawan2 pon kalo ada anak2 yg ada kebolehan istimewa jgn la takut2 nak tunjukkan kat dunia, mana tau ada rezeki dia, mak bapak juga yg boleh tumpang senang, he3...

* Rezeki yang tak disangka2..cukup bertuah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...