Khamis, 9 Jun 2011

Istilah Digunapakai Mat Rempit

Salam

Kali ini aku nak mengetengahkan tentang istilah bahasa yang digunapakai oleh mat rempit dan geng2 mereka di Malaysia dan kawasan2 sewaktu dengannya. Bagaimana istilah2 ini boleh wujud, muncul dan di tuturkan menjadi satu persoalan yang perlu dikaji. Insyaallah pada entry yang akan datang aku akan cuba mendapatkan maklumat mengenai mat rempit secara ilmiah.

Mungkin bagi yang pernah atau sedang berkecimpung mahupun menganggotai geng2 mat rempit satu ketika dahulu tau istilah bahasa yang digunakan, Ia mungkin berbeza di antara negeri tapi setau aku, kebanyakan istilah2 ini agak standard kerana ia bersifat global  dimana  dituturkan di seluruh negeri di Malaysia secara meluas, memang ada perbezaan tapi tidak lah terlalu ketara.

Mari kita kongsikan, pada yang tau bagitaulah pada yang tak tau dan pada yang tak tau bertanyalah pada yang tau....hehehe


ISTILAH BAHASA MAT REMPIT


Lauk, Bohsia/cikaro/anak burung/chicken/ayam = Perempuan untuk aktiviti seks/kenduri    Perempuan untuk aktiviti seks secara beramai-ramai

Bond/Otek/Bagon =  Polis

Kuda putih = Polis Trafik

Tak da telor/Tak da buah/tak da batang = Pengecut

Otai/pailang/taiko = Gangster atau ketua

Tokan/token = Pengedar dadah atau berperanan sebagai pembekal

Kencing Kuat = Suka tipu

Test Power/jom tiga tiang = Ajakan untuk berlumba haram

Hot/temper/angin dan menyirap = Berada dalam keadaan marah

Barang panas = barang curi atau barang yang menjadi rebutan atau permintaan

Bakar line = Aktiviti lumba haram atau ajakan untuk lumba haram

Line panas = Keadaan atau situasi yang tidak selamat mungkin disebabkan kehadiran polis atau pada masa tersebut polis sedang melancarkan operasi secara besar-besaran.

Awek = Teman wanita

Cucuk belakang/Cucuk angin = Ajakan untuk berlumba yang tidak dirancang dengan ‘Mat Rempit’atau pengguna jalan raya lain.

Kepala masuk air = Ghairah melakukan aksi ala akrobatik atau nafsu seks di tahap maksimum

Air sampai kepala/bil air tertunggak = Keinginan yang teramat untuk seks

Banyak air = Perempuan yang digunakan untuk seks sangat memuaskan

Parkos = Ubat batuk dicampur dengan air bergas seperti coke

Kacang = Ecstacy 

Boh = Marijuana

Dapur = Alat untuk memproses bahan-bahan yang digunakan untuk menagih ganja 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...