ReviewMe

Khamis, 30 Jun 2011

Pemimpin Kita Baik Hati atau Berlembut?

Salam

Apabila aku membaca artikel ini ( klik SINI ) apa yang bermain di fikiran kita? aku sendiri pun tidak menyangka terlalu lembut dan lembik tindakan yang kita ambil dalam menangani maruah dan martabat negara berdaulat ini. Tidak takut dan tidak berasa bersalah kah pemimpin2 yang memegang tampuk pemerintahan ini dengan tindakan negara jiran yang merasakan diri mereka hebat ini. Adakah tindakan diplomatik dan bantahan2 diplomatik selama ini dihormati dan di takuti?

Aku ingin tahu sama ada ATM terutama TUDM mempunyai keupayaan atau kelengkapan canggih untuk menangkis serangan udara, jika ianya berlaku, memandangkan kita hanya mampu membuat bantahan diplomatik apabila ruang udara dicerobohi oleh RSAF sebanyak 2,508 kali.

ATM sepatutnya menempatkan kelengkapan menangkis serangan udara termasuk peluru berpandu bumi-ke-udara, jika kita memilikinya, atau sekurang-kurangnya meriam penangkis pesawat di Johor sebagai satu amaran kepada RSAF agar tidak mencerobohi ruang udara Malaysia. Ataupun ada sebab musabab dan alasan yang kukuh untuk setiap tindakan berdiam diri selama ini? aku sendiri kurang arif.

Malaysia tidak boleh selama-lamanya 'beralah' tetapi mesti memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan dalam menangani sesuatu isu terutama yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Aku juga tertarik melihat jawapan Datuk Zahid mengenai pencerobohan oleh RSAF; iaitu pada tahun 2008 sebanyak 985 kali, 2009 iaitu paling banyak, 1,286 kali, 2010 sebanyak 218 kali dan 2011 dari Jan-Mei sebanyak 19 kali. Tiada angka yang diberi sebelum itu, mungkin tiada pencerobohan atau mungkin tidak dikesan oleh pihak pertahanan Malaysia.

Selain itu aku juga tertanya2 adakah operasi itu mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan malaysia..? dan jika ya benar mereka ada kebenaran, mengapa tiada amaran dikeluarkan terhadap mereka yang tinggal di persisiran pantai..? dan jika betul kebenaran dikeluarkan, apakah kelebihan yang kita dapat..? kita dapat jet ataupun kapal pejuang mereka percuma sebiji ke..?

Dan jika tiada kebenaran, atas sebab apa ruang udara kita boleh dicerobohi macam tu je..? adakah kerana semangat kejiranan, maka kita biar je negara kita yang berdaulat ini dipermainkan sentiasa..

Di lebuh raya Malaysia, kawan2 boleh lihat bagaimana 'bersopan santunnya' sebahagian rakyat mereka membawa kenderaan sehingga kita sendiri dengan 'rela hati' membenarkan mereka menggunakan kemudahan negara ini sewenang2nya, yelah..mana nak jumpa highway lurus dan lapang macam di negara mereka kan..

Hati kecil aku tertanya-tanya sama ada pencerobohan oleh RSAF akan berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir masih PM Malaysia. Aku berpendapat Singapura tidak berani untuk mencerobohi ruang udara Malaysia atau jika adapun mungkin jumlahnya terlalu sedikit.

Aku sebenarnya tidak mahu menyatakan bahawa pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah, walaupun itu satu kemungkinan dan itulah yang mungkin dirumuskan oleh rakyat. Tapi hati mana dan akal mana yang tidak tertanya2 jika keadaan itu berterusan tanpa tindakan. bukan?

Dan sekarang ruang udara kita..? lepas ni apa..? ada jalan khas untuk mereka di negara ni..? koc keretapi khas..? pusat membeli belah khas..? taman perumahan khas? tempat parking kereta khas..?hmm..kita mungkin terlalu baik dan lembut hati..

atau kita sebenarnya lemah..?

Ataupun memandangkan kenyataan Singapura kononnya pesawat mereka tidak pernah menceroboh kedaulatan negara Malaysia,sudah tentu pihak TUDM tersalah besar apabila menunding jari kepada pihak Singapura. Secara tidak langsung negara ultra kiasu ini memperlekehkan kedaulatan negara dan meremehkan dakwaan Menteri Pertahanan kita.

Justeru aku bersetuju dengan cadangan seorang blogger yang mencadangkan pihak TUDM menambak jatuh mana mana pesawat yang tidak dikenali asal usulnya atau bahasa mudah UFO yang menceroboh 2,058 kali ke ruang udara Malaysia. TUDM harus tembak jatuh UFO yang didapati menceroboh dan siasat pemiliknya jika benar ia adalah milik Singapura kemudian barulah kita suarakan bantahan. amacam setuju?

Apapun bagi aku, pemimpin Malaysia mesti memperlihatkan keberanian dan ketegasan dalam menangani isu keselamatan dan kedaulatan negara terutamanya pencerobohan ruang udara oleh RSAF atau mana-mana pasukan bersenjata asing. Jika perlu lepaskan tembakan amaran sama ada melalui sistem pertahanan udara daratan atau oleh pesawat pejuang, lakukannya demi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara.

* Aku sayang TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.....

2 ulasan:

  1. aku sayang tanah air aku..jadi aku sokong jika PENCEROBOH DITEMBAK JATUH.
    apa pun ini adalah tanda kelamahan PEMERINTAH kita.
    kalaulah mereka seperti Salahuddin Al Ayubi...

    BalasPadam
  2. BN... semuanya fikir politik. kalau dia tembak jatuh berlaku la peperanga dan disitu akan kelihatan yang parti barisan nasional perintah sampai melibatkan peperangan..
    so, disebabkan takut untuk kehilangan kuasa, mereka pun tidak tembak pesawat tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...