ReviewMe

Isnin, 27 Jun 2011

Imej Bandar Misteri Muncul Di Langit China


Sesiapa yang membaca akhbar kosmo hari ini ( 27 Jun 2011 ) pasti akan terperasan pada satu artikel misteri mengenai kewujudan imej bandar misteri di langit Huanshan.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Bagaimana kita nak menjelaskan fenomena ini? Sesiapa ada maklumat boleh lah dikongsikan. Apapun Allah SWT berkuasa menjadikan segala sesuatu di muka bumi ini sebagai bukti yang menunjukkan kekuasaan NYA yang mentadbir alam semesta. Samada perkara itu misteri atau realiti segalanya dibawah tadbir urus NYA.

Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...