Rabu, 1 Jun 2011

Fenomena Halo Matahari (Cincin Matahari)

Pada hari Jumaat bersamaan 27 Mei 2011 aku telah dapat menyaksikan satu fenomena yang jarang dapat disaksikan di bumi Malaysia ini yang dikenali sebagai fenomena Halo Matahari atau lebih dikenali sebagai Cincin Matahari di langit Taiping sekitar jam 11 - 12.30 tengahari. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah.

Mungkin bagi yang pertama kali melihat dan tidak mengetahui fenomena ini akan merasa pelik dan tertanya2 apa sudah terjadi.,Namun setiap apa yang dapat disaksikan adalah ketentuan Allah dan untuk menunjukkan kekuasaan Allah terhadap apa jua pun. Ramai juga dari penghuni taman kediaman aku yang keluar ke halaman rumah masing2 untuk menyaksikan fenomena yang jarang2 terjadi ini..sampaikan ada suara anak2 kecil yang menyatakan matahari sakit dan dunia hampir kiamat, tersenyum juga aku mendengarnyer...

Memang cantik dan unik fenomena ini, untuk lebih mengetahui apa yang dikatakan fenomena Halo Matahari ni..aku sertakan disini maklumat yang aku perolehi berkaitan fenomena ini dari sudut saintifik. 

Fail:Halo penomenon copy.jpg

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. 
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
Gambar2 dibawah ini adalah hasil dari 'snap' henpon kamera aku sahaja...jadi kualiti gambar tidak lah secantik mana



* sungguh indah ciptaan Yang Maha Kuasa......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...