Ahad, 12 Jun 2011

Tahniah Petronas, Kalau Boleh Bantulah Rakyat

Assalamualaikum WBT

Rasanyer belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada sebuah syarikat GLC Malaysia yang amat berjaya iaitu PETRONAS diatas keuntungan syarikat mereka untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 sebanyak RM 63 bilion. Angka itu meningkat sebanyak 38.5 % berbanding sebelumnya. Sila rujuk di SINI

Dengan keuntungan yang besar itu rasanyer tidak salah untuk Petronas meneruskan agenda membantu rakyat Malaysia yang ketika ini aku rasa amat2 memerlukan bantuan dari pelbagai arah dan cabang dengan sebab kenaikan berbagai2 jenis kos dan yang terbaru tarif elektrik oleh TNB.

Mungkin bagi yang kaya raya dan golongan atasan segala kenaikan dan pertambahan kos sara hidup ketika ini tidak memberi kesan yang besar, tetapi bagaimana pula dengan golongan rakyat marhaen seperti aku ni dan juga penduduk2 kampung yang rata2 berpendapatan rendah, sudah tentu segala macam kenaikan yang dihadapi sekarang dan akan datang amat memeritkan

Aku tidak menafikan, keuntungan yang diperolehi oleh petronas setiap tahun sudah semestinya akan disalurkan kepada kerajaan untuk membantu rakyat, namun besar harapan sekiranya pada tahun ini, pada keuntungan yang meningkat begitu besar ini bantuan yang diberikan kepada rakyat dilebihkan berbanding tahun2 sebelum ini. Salurkanlah bantuan itu kepada cabang2 yang perlu diberi bantuan sewajarnyer seperti menampung kenaikan harga barang dan tarif elektrik.

Apa salahnya kalau Petronas menggembirakan rakyat. Kalau rakyat gembira tahun depan Petronas akan untung lebih lagi. Cuba Petronas bayangkan, andai kata diumumkan Petronas akan membantu menampung apa2 yang difikirkan perlu untuk rakyat, maka sudah pasti akan disambut dengan kata-kata Alhamdulillah, Amin, syukur dan sebagainya oleh jutaan rakyat Malaysia.

Aku tak dapat bayangkan apa perasaan rakyat kalau Petronas boleh buat begitu. Kalau kita gembirakan orang, Allah akan tambah rezeki kita. Doa orang ramai akan makbul dan Petronas akan untung lebih banyak lagi tahun depan.

* Sekian mohon mencadang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...