ReviewMe

Isnin, 6 Jun 2011

Percutian lagi....

Salam

2 ari aku tak mengupdatekan blog aku ni...ini kerana aku telah bercuti dua dalam satu ke kelantan (rantau panjang)..apa yg dimaksudkan dua dalam satu, yelah yg pertama aku pegi jemputan kahwin dan yang kedua aku bercuti2 di sana...hehe

perjalanan dari taiping melalui lebuhraya timur barat agak memenatkan bagi yang tidak biasa..perjalanan aku baru2 ni mengambil masa kira2 6 jam, ini kerana aku banyak berhenti untuk merehatkan mata dan badan aku ni...maklumla aku ni jenis suka terlelap waktu memandu kereta...syukur perjalanan aku selamat sampai dan selamat pulang ke taiping...

apa pun yang aku nak kongsikan adalah tentang kekurangan yang terjadi pada cuti aku kali ini...untuk makluman kawan2 aku menginap disebuah INN (nama tak perlu le aku sebut) yang terletak berhampiran pintu masuk ke pekan rantau panjang. Malam pertama aku disana tepat jam 12.30 tengah malam tiba2 aje blackout (aku takpasti samada betul2 blackout) ini kerana tepat jam 6 pagi ada pulak elektriknyer...dah la bilik yang aku duduki itu tiada bertingkap dan tiada berkipas, semata2 bergantung pada aircond...

bila dah elektrik tiada...ha kawan2 boleh fikirkan sendiri lah....aku dah rasa macam bersiram dengan peluh aje malam tu...sakit betul ati ni (bersabor)..dan yang lagi best tu...aku nak mengadu kat front desk INN tu,...boleh pulak takde sapa2 yang duduk situ...punyer gelap...mana dia punyer staf ilang aku pun tak pasti...

ada juga antara penghuni lain yang ambil inisiatif tidur dalam kenderaan masing2 bertemankan aircond kereta...aku pulak ambil keputusan melangut kat luar bilik sampai pukul 4 pagi..akhirnyer terlelap atas kerusi dengan berkeadaan belenggeng aje...

pagi tu aku sound tuan rumah (INN) tersebut, boleh pulak dorang buat muke nohen aje...aduyai...aku agak2 mungkin dorang tak paham apa yang aku cakap kot....maklumlah aku tak pandai kecek kelantan..

ari kedua sebelum g makan kenduri tu, bercadang la juga nak pegi shoping di pekan rantau panjang, tapi mood dah takde dengan peristiwa yang terjadi..aku sekadar berjalan2 dan bersiar2 membawa keluarga aku melihat pasar dan kerenah manusia yang memang ramai pada hari tersebut (cuti sekolah)....ramai betul yang shoping tak hengat...hehehe

apapun aku rasa mungkin itulah kali pertama dan kali terakhir aku ke situ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...