ReviewMe

Rabu, 1 Jun 2011

Percutian Terkini Di Sentosa Villa

Assalamualaikum WBT


Dah beberapa hari aku tak menjenguk dan mengemaskini blog aku ni...rasa macam dah tinggal lama aje...untuk pengetahuan semua dalam 3, 4 ari ni aku agak sibuk bercuti disamping mempunyai tugas2 khas sebagai pemandu pelancong kepada rombongan yang datang ke Taiping bandar kediaman aku sekarang ini...hehe...penat memang penat tapi aku seronok kerana dapat memberikan perkhidmatan yang menggembirakan orang lain...berbaloi percutian ini.
Apa yang aku nak ceritakan adalah mengenai tempat yang aku pergi dan diami selama 2 ari ni, sepanjang aku duduk di Taiping ni sudah 3 tahun ++, aku sendiri pun tidak mengetahui kewujudan sebuah tempat penginapan yang begitu mendamaikan dan mampu memberi ketenangan bagi aku...tempatnyer memang strategik dan menarik.

Dikelilingi hutan di kaki Bukit Larut, berdekatan pula dengan Taman Tasik Taiping dan juga di pagari dengan air sungai yang mengalir jernih dan mengasyikkan, menenangkan jiwa, jauh dari kesibukan kota ditemani hutan simpan dara menghijau, bunyian air sungai mengalir tanpa henti diselang seli dengan kicauan burung dan unggas rimba..aku betul2 terpesona..

Selain itu villa ini juga berdekatan dengan tempat2 pelancongan yang terdapat di Taiping seperti Zoo Taiping, Muzium, Burmese Pool, Penjara Taiping dan macam2 lagi la...nak cari tempat makan pun tak terlalu jauh dari villa ini..
deluxe villa tempat aku menginap


Tempat ini begitu sesuai untuk orang2 yang inginkan suasana percutian yang tenang dan damai. Disini juga sesuai untuk dibawa keluarga yang besar kerana villa ini menyediakan kemudahan yang selesa bagi pengunjung2. Berkonsepkan ala2 'Kampung'..dan setiap pembinaan yang wujud di villa ni berkonsepkan seperti itu. 


Cume ada beberapa perkara yang perlu ditambah supaya tempat ni dapat menepati villa yang berkonsepkan mesra pengguna. Sebagai contoh tiada penyediaan 'room service' secara berterusan dimana ia perlu di 'request' di front desk di pintu masuk utama (masalah bagi yang menginap lebih dari sehari), selain itu tiada disediakan pekerja untuk angkut mengangkut barang seperti dihotel atau resort lain, dan kalau kita membawa banyak barang ia perlu dibawa sendiri ke bilik masing2...kalau perlukan juga pertolongan pekerja..memang boleh.., macam yang aku bagitau ia perlu di 'request 'kan di front desk..bab makanan pun bagi aku ada juga yang perlu di tambahbaik dimana setiap pengunjung yang menginap disini diberi voucher sarapan pagi, makanan yang disediakan tidak banyak pilihan dan ia terhad kepada pilihan pengunjung samada mahukan menu western atau tempatan..

Bagi aku ia bukan la satu masalah besar kerana apa yang terdapat disini sudah begitu menarik..dan aku juga beranggapan mungkin juga villa ni memang berkonsepkan 'self service' kot..hehe...

Tulis banyak2 pun tak bagus aku rasa jadi biarlah aku pamerkan gambar dan kedudukan tempat percutian yang aku pergi baru2 ini untuk kawan2 nilaikan sendiri dan kalau teringin nak pergi dialu2kan dan korang pasti tidak menyesal...










* berbaloi bagi aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...