Selasa, 14 Jun 2011

BERSIH Sangat Ke?

Sudah melewati pukul 12 tengah malam, ini bermakna sudah masuk hari baru, hari Rabu...untuk entri aku yang seterusnyer kalau tadi aku membuatkan diriku sendiri tersenyum kali ini aku nak mengutarakan perkara yang bagi aku serius untuk diambil tahu dan perlu di beri perhatian.

Kalau kawan2 lihat dalam beberapa ketika ini, dalam surat khabar, dalam berita di televisyen, dalam blog2 dan dalam 'buku muka' pun hari2 akan ada yang memberikan pendapat, bantahan, cadangan, ingatan, ugutan, komen dan pelbagai lagi berkenaan perhimpunan BERSIH..kome tau kan apa benda nyer BERSIH ni kan? yang konon2 nyer tak kotor dan suci bersih.

Mengikut apa yang sudah diwar2kan perhimpunan BERSIH kedua ini akan diadakan pada 9 Julai 2011 akan datang di jalanan di sekitar Kolumpo...mengikut apa yang aku ketahui tujuan utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk mendesak diadakanpilihanraya umum yang bersih dan tidak kotor..

Ini kes nak menyusahkan orang ramai la ni. Aku pun pelik dengan tindakan beberapa kelompok manusia yang berperasaan konon2nyer deme2 ni BERSIH bebenor..

Adakah pilihanraya di negara ini tidak bersih? Kalau tidak bersih, masakan 5 negeri boleh tumbang, dan 2/3 majoriti kerajaan yang memerintah sekarang ni hilang. Aku pun akui pilihanraya kita tidak sempurna, sebagaimana pilihanraya umum banyak negara lain, termasuk di Barat dan negara Eropah, tetapi nak kata tidak bersih adalah tidak benar sama sekali. Memang boleh beberapa perkara diperbetulkan. 


Tetapi persoalan penting sekarang ialah mengapa perhimpunan itu mahu dibuat dijalanan juga? deme mendakwa ini hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Benar Artikel 10 membenarkan hak berhimpun, tetapi ada had dan batasannya. Bukan hak menonong aje dan boleh dibuat ikut hawa nafsu sendiri. Bukannya pihak polis tidak beri berhimpun. Dibenarkan, malah mencadangkan perhimpunan dibuat di stadium. 

Samada stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, malah Stadium Shah Alam pun boleh. nak lagi best stadium astro...hehe...Bertempik, bersorak dan gegak gempitakanlah stadium tu dengan apa yang ingin diperjuangkan..tak siapa pun terganggu dan terancam...Tetapi deme menolak! Jadi persoalannya bukan hak untuk berhimpun, tetapi ada niat disebaliknya yang perlu kita selami dan renungi...mengapa??????

Deme juge mendakwa tujuan perhimpunan haram itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong....kalau setakat nak serah kepada Tuanku YDP Agong, sesudah mendapat perkenan Istana untuk mengadap, hantarlah wakil beberapa orang dan serahkan memorandum tersebut.senang cerita kan...tapi aku yakin tak maunyer deme buat macam tu. 


Mesti nak berhimpun dan berarak macam kes Bersih 1 dulu, haru biru  dibuatnyer, kedai perniagaan tutup, jalanraya jadi sesak yang teramat, rakyat lain susah nak buat urusan masing2 dan alasan yang paling best bile polis ambil tindakan menyuraikan dan apabila berlaku kekecohan keluralah kenyatan yang femes ini...ala polis mulakan dulu, polis kejam, polis zalim, polis anjing kerajaan..polis bla bla bla.....dan macam2 lagilah, ha inilah alasan yang selalu deme gunakan. Skrip yang sama dan di ulang2. Macamlah rakyat sekarang ni buta.

Bagi aku kalo dah beramai2 yang duk berarak tu mesti ada yang jadi tukang provokasi, bile tengah panas, hati panas, suasana panas, perut panas, apa sahaja yang boleh memanaskan akan jadi hangat dan makin tengik maka terjadilah kekecohan seperti yang dingini. Percayalah kata aku, andai kata jadi juga perhimpunan Bersih tu nanti, yang paling ramai dan terbanyak sekali yang akan menyertainya adalah orang Melayu....aku ulang orang Melayu yang beragama Islam....

Sedangkan pengerusi nyer adalah seorang India yang kalo kome nak tau dia ini adalah  bekas pengerusi majlis peguam, dia juga seorang peguam dan pembela yang paling kuat mempertahankan murtadnyer Lina Joy, dia juga adalah pendokong dan penggerak IFC ( Inter Religous Council/Interfaith Commission), selain itu kuat mempertahankan kes2 murtad. Adakah orang sebegini yang kita alu2kan untuk menjadi pengerusi kepada BERSIH ini, yang aku yakin akan disertai oleh ramai orang Melayu beragama Islam nanti.

Bagi aku jelas perhimpunan ini nanti sebenarnya ada niat tersembunyi yang mereka sendiri inginkan, 'ada udang disebalik mee udang'. Aku pernah menyertai perkara2 begini suatu ketika dahulu ketika waktu aku bergelar mahasiswa pada hujung 90an, pada era reformasi dan aku sendiri mengakui, tiada yang baik dan berfaedah pun menyertai perhimpunan seperti ini..menyusahkannnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!

Kepada rakyat yang cintai keamanan dan ketenangan sama2 lah kita tentang dan bantah perkara2 begini. Jangan nanti 'menang sorak kampung tergadai' orang lain hanya menanti dan menunggu saat perbalahan sesama kita menjadi semakin parah untuk mereka mengambil kesempatan yang dinanti2....mereka bertepuk tangan bersuka ria melihat gelagat dan tingkah kita. Bagi mereka dipihak mana dan disebelah mana pun rakan2 dan saudara mara mereka tidak sesekali mereka abaikan...Kita?...kelak menyesal pun tidak berguna lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...