Isnin, 13 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Langit Malaysia


Pada 16 JUN 2011 ( KHAMIS) ini, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh yang akan bermula dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama (bulan penuh) dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.

Jadi kepada kawan2 yang teringin dan mahu melihat kejadian ciptaan Allah SWT ini, sama2 lah kita menunggu saat kejadian itu dan masa bermula dan berakhirnya yang akan aku paparkan di sini. Insyaallah aku teringin nak melihat dan mengambil gambar ketika kejadian itu nanti.Sekiranya aku dapat menyaksikan kejadian itu Insyaallah aku akan letakkan gambar dalam entri aku yang seterusnya.Sebelum itu jangan lupa untuk menunaikan solat sunat gerhana pada hari tersebut.


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, maksudnya

Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah…”

Fasa Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011

FASA
KETERANGAN
MASA
P1
Bulan mula memasuki ‘ Penumbra’
1.25 pagi
U1
Bulan mula memasuki ‘Umbra’
2.23 pagi
U2
Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
3.23 pagi
Maksimum
Gerhana maksimum
4.13 pagi
U3
Bulan mula keluar dari ‘Umbra’
5.03 pagi
P4
Bulan keluar sepenuhnya dari ‘Umbra’
6.02 pagi
P4
Bulan keluar sepenuhnya dari ‘Penumbra’
7.01 pagi

Catatan

Umbra                      bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra               bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...