ReviewMe

Isnin, 4 Julai 2011

Andai Tak Mampu Menjadi Bulan Jadilah Bintang

Salam

Sebagai manusia biasa, kita sudah pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan di mana2. Betulkan? Kadang-kadang ada perkara yang tidak mampu kita lakukan dan kadang-kadang ada perkara yang kita mampu lakukan sehingga melampaui batasan dan boleh menjatuhkan diri sendiri serta orang lain di sekitar kita. 

Contohnya dalam bidang pelajaran, masa zaman sekolah dulu kawan2 pasti ada rakan yang pandai dan kurang pandai kan? Ada yang genius dalam matematik tapi dia tidak pandai dalam sejarah, ada pula yang bijak dalam sains tapi dia tidak mahir dalam menulis karangan dan ada juga yang tak tau apa2 dalam semua subjek tapi dia pandai dalam kerja2 pertukangan, itulah uniknya ciptaan tuhan untuk makhluk Nya yang bergelar manusia.

Setiap insan ada kemahiran masing-masing, mungkin ada yang mengatakan "aku tak nampak pun apa kemahiran dan kepandaian aku" tapi percayalah sebenarnya anda sangat mahir dalam sesetengah bidang dan anda juga tidak mahir dalam sesetengah bidang.. tidakkah itu unik?

Andai tidak mampu menjadi bulan, jadilah bintang, itu adalah kata-kata dari seorang guru aku masa aku belajar dulu. Cikgu yang membuatkan aku berusaha untuk menunjukkan kepada semua orang aku mampu menjadi seorang pelajar yang terbaik. ( abah aku adalah orang yang mengajar aku erti kehidupan ) 

Kata2 itu terkeluar dari mulutnya sewaktu aku dalam form 4, ketika aku masih lagi menyesali diriku dengan keputusan PMR yang tidak sepertinya. Ye masa itu aku terlalu banyak bermain, mengikuti rentak kawan2 yang 'hepi' selalu. Sehingga aku lupa akan tanggungjawab ku untuk belajar.


Cikgu ini memberikan kata2 hikmah itu sewaktu aku bertanya kepadanya, masih ada kah harapan padaku untuk mengubah nasib keluarga ku, dengan keputusan yang aku perolehi ini. Dan ketika itu dia menyatakan kita semua mampu untuk berubah dan berjaya, cuma yang penting kesungguhan dan semangat untuk berjaya perlu ada, andai kita tidak mampu merubah dunia kita ubahlah nasib diri kita dan ' andai tidak mampu menjadi bulan, jadilah bintang, walaupun kecil ia tetap bersinar di mata.....

2 ulasan:

  1. mm betul,jd lah apa yg sekadar kita mampu.asalkan dengan usaha yg bersungguh dan niat yang suci..sebutir bintang pon akan mampu mnerangi kgelapan alam

    BalasPadam
  2. ye begitu la yang sepatutnya kita lakukan bro...kita yang boleh menentukan diri kita sendiri dengan usaha, keyakinan, doa dan tawakal...Insyaallah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...