ReviewMe

Isnin, 20 Jun 2011

Hebatnya Tentera Kita

Logoggk.JPG
Salam

Aku terbaca satu artikel menarik yang ingin aku kongsikan bersama kawan2 semua berkaitan peperangan yang pernah berlaku di Eropah pada awal 90 an dahulu. Rupa2 nyer ada rahsia besar yang berlaku pada waktu itu berkaitan Malaysia yang dipimpin oleh negarawan Tun Dr Mahathir. Bila aku baca artikel (yang ditulis oleh seorang anggota tentera yang mempunyai  itu aku sangat terkejut dengan apa yang telah terjadi, sesungguhnya terlalu besar perjuangan yang telah dilakukan oleh Tun demi membantu saudara seagama kita di Bosnia. Kita tak boleh menilai manusia dengan hanya mendengar dan memandang dari sudut luaran.

Aku salin dan letakkan artikel itu dalam blog aku ni untuk makluman kawan2 semua. Nilaikan dan terpulang pada kawan2 samada mahu mempercayai atau tidak perkara ini. Penulis artikel itu merupakan seorang tentera yang mempunyai latarbelakang yang hebat dalam bidang ketenteraan di Malaysia.

Ini artikel tersebut :


Saya sebenarnya memang bimbang pada ISA atau OSA tetapi ada beberapa perkara sulit yang saya tidak akan dedahkan dalam blog saya. Yang saya cerita hanyalah perkara-perkara luaran sahaja dan bukan kepada hal-hal terperinci.
Maaf kerana artikel kali ini ditulis dengan ringkas tanpa fakta-fakta sokongan yang kukuh kerana saya tidak beberapa ingat cerita sebenar dan saya sudah letih untuk membuat kajian termasuk mengemukakan bukti-bukti mengenai kejadian ini.
Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui.
Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.
Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu.
Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah.
Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.
Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis mati disembelih oleh pengganas Serbia.
Tun Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK.
Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.
 “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.
Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.
Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.
Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.
Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.
Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.
Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui UNPROFOR sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.
Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.
Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain.
Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.
Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Tun Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.
Malaysia juga tersangat “kamceng” dengan kerajaan Brunei malahan Sultan Brunei yang berkonspirasi dengan Tun Mahathir, menyediakan jumlah dana yang sangat besat berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.
Bekalan dan keperluan senjata yang dihantar kepada askar Bosnia juga dibuat oleh syarikat perkapalan Malaysia dan juga melalui askar-askar Malaysia yang berkhidmat dengan UNPROFOR ketika itu, sebagai jalan belakang untuk membocori dasar embargo yang dikenakan ke atas penduduk Bosnia oleh negara-negara barat yang sememangnya bersikap talam dua muka terhadap orang Islam.
Perkara ini didedahkan dalam kertas kerja yang berjudul “Intelligence and the war in Bosnia 1992 – 1995: The role of the intelligence and security services” yang disediakan oleh sebuah institut di Belanda.
Bukan itu sahaja malah terdapat laporan pegawai-pegawai tentera Bosnia dilatih di Malaysia, Iran dan pelbagai negara lain.
Kelengkapan perang askar Bosnia dihantar oleh Saudi Arabia, Kuwait, Brunei dan Malaysia
Tentera Malaysia dan Turki berterusan menghantar peralatan perang mereka kepada tentera Bosnia bernilai lebih kurang US2.5 bilion walaupun Bosnia ketika itu dikenakan embargo oleh kuasa besar.
Pemerhati barat mendakwa, kerajaan Malaysia melalui agensi risikannya berjaya mematahkan embargo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui laluan dari pihak ketika iaitu Third World Relief Agency yang hari ini dikaitkan dengan Osama Laden.
BERIKUT MERUPAKAN CATATAN KAJIAN RISIKAN MENGENAI PENGLIBATAN PEJUANG ISLAM DI BOSNIA
A number of countries are candidates for having supplied directly to Bosnia. Pakistan delivered equipment, as did the Sultan of Brunei, who paid for anti-tank missiles from Malaysia. In January 1993 already, a Pakistani vessel with ten containers of arms, which were destined for the ABiH, was intercepted in the Adriatic Sea.[9] Pakistan definitely defied the United Nations ban on supply of arms to the Bosnian Muslims and sophisticated anti-tank guided missiles were air lifted by the Pakistani intelligence agency, ISI, to help Bosnians fight the Serbs, an ex-ISI Chief has officially admitted in a written petition submitted before a court in Lahore. The document was submitted by Lt. General (Retd) Javed Nasir, who was head of the ISI from March 1992 to May 1993, in a case he filed against the owner and editors of the largest newspaper and TV group of Pakistan, in an anti Terrorism Court.[10] It remains unclear how the missiles were transported to Bosnia and who did it.
LAGI CATATAN : BEGINILAH SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA CERITA INI, TETAPI ANDA SEMUA TAHU BLOG CHEDET (BLOG MAHATHIR), HANG PA PI LAH TANYA DIAAAA SENDIRI.

* Aku letakkan artikel ini untuk kawan2 semua nilai dan fikirkan.. Wallahualam

1 ulasan:

  1. memang benar apa yg diperkatakan tu sbb kat tempat saya ada anjurkan satu ceramah.. pemimpin nie terdiri dr kwn2 tun jugak tp lupa plak namanya.. mmg dia pecah byk rahsia.. selamber je masa berucap tu.. x takut pulak rahsia terbongkar... tp rasenye ceramah dia ada dirakam oleh pekerja kat UPSI nie.. tp kalo nak hebahkan x taw la blh ke x..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...